Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakar Komputer Derma Kornea,...

Kota Kinabalu: Seorang pakar pengaturcaraan komputer yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan baru-baru...

Banjir: Bekalan Sayur Di...

PENGERANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memberi jaminan, bekalan sayur di Johor...

PKR Dakwa Aset Pertahanan...

KUALA LUMPUR - Pembangkang pernah mengecam kerajaan Malaysia kerana didakwa melakukan pembaziran wang...

Selangor Menang Piala Malaysia...

SHAH ALAM - Selangor melengkapkan 'Misi 33' dengan sentuhan Ahmad Hazwan Bakri untuk...

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar US pada pembukaan Jumaat berikutan sokongan belian yang sederhana terhadap ringgit, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit adalah 4.1520/1560 berbanding 4.1580/1600 yang direkodkan pada penutup semalam.

“Ringgit yang tinggi sedikit ini tidak akan bertahan lama dan dijangkakan perang perdagangan akan meningkat yang mana ia akan memihak kepada dolar,” kata peniaga berkenaan.

Selain daripada itu, ringgit juga disokong oleh kekukuhan harga minyak mentah, katanya.

Pada 9.31 pagi, penanda aras minyak mentah Brent meningkat kepada US$80.48 setong selepas pasaran rendah akibat kejatuhan dalam pasaran ekuiti serta petunjuk bahawa kebimbangan bekalan akan menjadi berlebihan.


Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan rendah berbanding kesemua mata wang utama

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0203/0234 daripada 3.0124/0143 semalam, susut berbanding euro kepada 4.8155/8205 daripada 4.8054/8094 dan susut berbanding pound British kepada 5.4964/5034 daripada 5.4873/4916.

Ringgit didagangkan tinggi berbanding yen Jepun pada 3.7019/7061 daripada 3.7052/7080. – BERNAMA

Kategori