Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Halang Pekerja Islam...

SEREMBAN - Majikan di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak menghalang pekerja beragama Islam...

Tony Fernandes Antara 100...

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes tersenarai antara 100 individu...

Saingan 5 Penjuru Rebut...

SANDAKAN - DAP berhadapan empat saingan dari calon Parti Bersatu Sabah (PBS) dan...

Pemimpin Berdepan Siasatan Harus...

KEMUSYKILAN ramai berhubung proses penyiasatan polis yang sekarang ini beralih kepada penyebaran video...

RM1.3 Bilion Dijana Menerusi Penganjuran Acara Pada Jan-Julai 2018

KUALA LUMPUR – Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya menarik pulangan ekonomi berjumlah RM1.3 bilion menerusi 147 acara perniagaan antarabangsa dengan kehadiran 83,229 delegasi antarabangsa dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammaddin Ketapi menarik perhatian bahawa agensi itu menerima peruntukan RM213.5 juta dari 2011 hingga 2018 bagi melaksanakan program pembidaan dan penganjuran acara perniagaan antarabangsa untuk dibawa masuk ke Malaysia selain program promosi dan pemasaran dengan objektif untuk memaksimumkan pulangan ekonomi kepada negara.

“Hasil daripada pelaburan bagi tempoh 2011 sehingga 2017, MyCEB telah menghasilkan RM6.2 bilion perbelanjaan pelancong serta memberi impak ekonomi berjumlah RM11.5 bilion kepada negara.

“Sepanjang tempoh itu, MyCEB membawa masuk 2,013 acara perniagaan antarabangsa dengan kehadiran seramai 943,156 orang delegasi antarabangsa,” katanya menjawab soalan yang diajukan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (PH-Julau) pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Mohammaddin, negara turut menerima kesan positif daripada kemasukan acara perniagaan antarabangsa melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan pakar serta penceramah antarabangsa kepada delegasi tempatan.

MyCEB adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang ditubuhkan untuk mengurus dan meningkatkan profil antarabangsa Malaysia dalam empat pasaran acara perniagaan yang kompetitif iaitu konvensyen, acara, mesyuarat dan pameran antarabangsa. – BERNAMA

Kategori