Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Caj Kewangan Penggunaan Kad...

BARU terima notification ni pada bank… Cara baru perkiraan cukai untuk pengguna kad...

Kronologi Pesawat Hawk Terhempas

*31 Mei 2006 - Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang...

Pemain Industri Minyak &...

KUALA LUMPUR - Pemain industri minyak dan gas (O&G) perlu terus berwaspada dalam...

DUN Perak Kecoh Isu...

IPOH - Sidang DUN Perak, petang ini kecoh dengan pertikaian penggunaan istilah 'kafir'...

Rogol: Peguam Dakwa Dokumen Kes Melibatkan Ronaldo Diubah

DAKWAAN rogol melibatkan Cristiano Ronaldo nampaknya belum berkesudahan.

Malah, episod itu dijangka berpanjangan apabila kedua-dua pihak kelihatan lantang bersuara bagi mempertahankan diri masing-masing.

Terbaharu, peguam yang mewakili Ronaldo, Peter S Christiansen mendakwa dokumen tuduhan melibatkan anak guamnya telah diubah oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Dokumen yang didakwa mempunyai kenyataan Ronaldo telah dibuat semula.

“Pada 2015 misalnya, fail di firma terlibat telah diserang penggodam. Jadi dokumen itu cuba dijual kepada media, tapi media pula cuba melaporkan dengan maklumat yang sudah diubah,” ujarnya.

Ia merujuk kepada dokumen mengenai kes itu yang disiarkan menerusi majalah Jerman, Der Spiegel.

Terdahulu, Ronaldo digugurkan daripada barisan pemain Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland setelah dakwaan tersebut timbul.

Selain itu, beberapa syarikat seperti Nike dan Eurosport juga dikatakan sedang mempertimbangkan semula kontrak mereka dengan Ronaldo jika dakwaan rogol itu benar-benar berlaku.


Pemain berusia 33 tahun itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

“Saya sekeras-kerasnya menafikan tuduhan terhadap saya,” kata Ronaldo.

“Saya mahu membersihkan nama saya… saya mahu bertenang dan menantikan segala hasil siasatan,” tambahnya.

Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) Kathryn Mayorga, mengambil tindakan undang-undang, dengan mendakwa Ronaldo telah merogolnya di sebuah bilik di hotel di Las Vegas, AS pada 2009. – TheGuardian./mStar Online

Kategori