Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suspek Utama Kes Bunuh...

KUALA BERANG - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang hari...

Hampir 1.5 Juta Permohonan...

KUALA LUMPUR : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ketika ini telah menerima...

Wanita Maut Jatuh Dari...

Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor...

Kurang Daripada 24 Jam...

SINGAPURA - Hari ini merupakan waktu 'bertenang' bagi Singapura selepas sembilan hari calon-calon...

Rohingya Bukan Isu Domestik Myanmar, Malaysia Terima Tempias

SINGAPURA – Myanmar tidak boleh mengatakan isu etnik Rohingya sebagai masalah domestik semata-mata kerana Malaysia turut menerima tempiasnya, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Mohamad berkata ketika ini terdapat lebih 100,000 pelarian Rohingya di Malaysia yang tidak kesemuanya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Malaysia tidak mampu menanggung beban pelarian yang begitu ramai,” katanya kepada Bernama.

Mohamad berada di sini selama tiga hari sejak 18 Okt, mengulangi penegasan hubungan pertahanan yang baik dengan Singapura dalam lawatan pengenalan diri ke republik ini.

Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari berakhir semalam.

Dalam pertemuannya dengan rakan sejawatan dari Myanmar di sini, Mohamad berkata beliau memberi pandangan supaya ada usaha untuk membenarkan pelarian itu pulang ke Myanmar.

“Pihak kedutaan (Myanmar) hendaklah mencari jalan mengusahakan supaya mereka dapat pulang ke tempat asal mereka,” katanya.

Tambahan pula, kata Mohamad, ketika ini Malaysia turut membantu Bangladesh atas dasar kemanusiaan membuka hospital medan di Cox’s Bazar sejak dua tahun yang lalu.

Katanya setakat ini terdapat negara-negara yang membantu Malaysia termasuklah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Brunei.


“Banyak lagi negara yang akan membantu.. sekarang di peringkat perundingan dengan mereka,” katanya tanpa mendedahkan negara-negara tersebut.

Pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73 baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak kerajaan Myanmar berikutan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Rakhine.

“Saya percaya untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara. Tetapi adakah dunia melihat pembunuhan beramai-ramai sedang dilakukan dan tidak berbuat apa-apa?

“Negara-negara adalah bebas. Tetapi adakah ini bermakna mereka mempunyai hak untuk membunuh beramai-ramai rakyat mereka sendiri, disebabkan mereka (negara yang) bebas,” katanya di Perhimpunan itu.

Perdana Menteri berkata tindakan kerajaan Myanmar itu yang telah dinafikan Aung San Suu Kyi mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan rumah kediaman dan perpindahan penduduknya. – BERNAMA

Kategori