Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Senoi Praaq: Renjer Orang...

“JANGAN sia-siakan pengorbanan saya serta rakan-rakan yang telah lama bersara. Dulu kami terpaksa...

Aeril Zafrel Dakwa Pihak...

SUSULAN kontroversi kes 'kereta curi' yang kembali panas antara pihak produksi MIG dan...

GAMBAR: Mohon Jangan Keliru…Ini...

TATKALA melihat gambar ini, kami pasti nama pertama yang akan muncul di fikiran...

1,485 Petugas Bantuan PRN...

Kuching : Seramai 1,485 petugas bantuan terdiri daripada pegawai dan anggota polis ditempatkan...

Rolls-Royce Perkenal Black Badge Di Pasaran Malaysia

ISKANDAR PUTERI – Pengeluar eksklusif kereta mewah Rolls-Royce, iaitu Rolls-Royce Motors Cars Limited melancarkan model terbaru, Black Badge di pasaran Malaysia hari ini dengan harga permulaan RM2.3 juta seunit.

Model terbaru itu dikeluarkan dalam dua versi iaitu Wraith Black Badge dan Ghost Black Badge.

Majlis pelancaran disempurnakan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Pavillion, Puteri Harbour di sini, dengan diiringi Pengarah Rolls Royce Cars Kuala Lumpur, Anas Zawawi Khalid dan Pengurus Jualan Serantau Asia Pasifik Rolls-Royce Motor Cars, David Kim.

Bercakap pada majlis pelancaran, Anas Zawawi berkata, pengenalan Black Badge adalah sebagai respons kepada keperluan gaya hidup yang berbeza generasi muda negara.

Beliau juga berkata, kereta tersebut berbeza daripada model standard dengan gaya yang lebih berani, penggunaan bahan kontemporari seperti serat karbon, dan peningkatan kejuruteraan yang memberikan prestasi tambahan.


“Kami telah melihat perubahan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk demografi pelanggan. Ini bermakna terdapat peningkatan asas pelanggan daripada orang yang berjaya yang lebih muda dan dinamik di Malaysia dan dengan itu kami yakin akan tindak balas positif terhadap Badge Hitam,” katanya.

Dikuasakan oleh enjin 6.6 liter V12, Wraith Black Badge memecut daripada 0 hingga 100 km sejam dalam 4.5 saat, manakala Ghost Black Badge mencapai 0 hingga 100 km sejam dalam 4.8 saat, dengan enjin dilengkapkan transmisi lapan kelajuan yang dipertingkat. – BERNAMA

Kategori