Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warga Nepal Didakwa Bunuh...

TANGKAK - Seorang pekerja kilang perabot warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret di...

Tuanku Abdul Halim Ambil...

KUALA LUMPUR - Aspek keselamatan negara terutama ancaman kumpulan fahaman ekstrem seperti Daesh...

Pemimpin Utama Pakatan Menang...

MENANG... Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali ke Parlimen selepas menewaskan penyandang kerusi Langkawi,...

Mexico, Kanada & AS...

BANDAR RAYA MEXICO - Buat julung kali dalam sejarah, Mexico, Kanada dan Amerika...

Kes Rosmah: Mahkamah KL Tumpuan Media

KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan antarabangsa bagi mengikuti perkembangan pertuduhan ke atas isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Seawal 6 pagi, pemberita dan jurugambar serta jurukamera dari pelbagai agensi media mula berkumpul di luar kompleks mahkamah.

Tinjauan Bernama mendapati lokasi itu dikawal ketat oleh polis.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan Rosmah berhubung siasatan kes pengubahan wang haram setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Rosmah ditahan pada 3.20 petang semalam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.


Beliau kali pertama hadir ke SPRM pada 5 Jun bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kali kedua pada 26 Sept lepas dan kali ketiga sebelum ditahan semalam. – BERNAMA

Kategori