Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kes Langgar Mati 8...

JOHOR BAHRU : Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam...

Kurung OKU, Orang Ramai...

IPOH - Individu yang berasa terkilan dengan tindakan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat Perak...

Kami Akan Perbaiki JDTII...

KUALA LUMPUR - Pasukan Teknikal Johor Darul Ta'zim II (JDTII) memberi jaminan akan...

China Tuduh Malaysia Langgar...

KUALA LUMPUR - China membantah tindakan Malaysia membuat serahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu...

Rosmah Perlu Hadir Di Ibu Pejabat SPRM

KUALA LUMPUR – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok.

Menurut sumber, Rosmah diminta hadir pada pukul 11 pagi bagi membantu siasatan SPRM.

Pada 26 September, Rosmah memberi keterangan kali kedua hampir 13 jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rosmah sebelum ini hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM kali pertama pada 5 Jun lepas yang mana beliau disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan terhadap syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah subsidiari, 1MDB.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.


Pada 20 September lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori