Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jaminan Keselamatan Keluarga Dr....

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan kawalan keselamatan bagi waris...

MARA Perkenal Tiga Pembiayaan...

KUALA LUMPUR - MARA melancarkan tiga pembiayaan baharu untuk terus membantu pelajar tempatan...

Gara-Gara Dikecam, Tiba-Tiba Anwar...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar...

Lawak DAP Atasi Isu...

GEORGE TOWN - Bayangkanlah jika langkah ini dijalankan pihak kerajaan Persekutuan untuk bantu...

Isu Bayaran Balik GST Sebelum Sesi Parlimen Berakhir

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berharap dapat membuat rumusan susulan prosidingnya mengenai tuntutan tunggakan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion sebelum sesi Parlimen berakhir Disember ini.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ketika ini jawatankuasa itu masih perlu memanggil beberapa saksi sebelum membuat rumusannya yang kemudian akan dibentangkan ke Parlimen.

“(Soal) bayaran balik GST kita harap dapat selesaikan sebelum akhir sidang Parlimen ini dan selepas saksi terakhir dipanggil, kita akan buat rumusan dan kemukakan ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas prosiding PAC yang memanggil bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Mohd Irwan Serigar telah dipanggil dua kali dan memberi cukup maklumat mengenai isu berkenaan kepada PAC.

Menurutnya, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam dan bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak, masing-masing dipanggil berbuat demikian hari ini dan esok.

“Selepas ini, kita akan tetapkan tarikh lain untuk Najib dan setelah itu kita boleh membuat rumusan prosiding mengenai tuntutan bayaran balik GST,” katanya.


Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen ke-14 bermula 15 Okt lalu dan berakhir 11 Dis.

Dalam pada itu, Kiandee berkata prosiding mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pula akan dimulakan pada 29 Okt dengan saksi pertama dipanggil adalah bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

“Kita ada senarai 20 saksi. Ia akan menjadi prosiding yang mengambil masa lama,” katanya. – BERNAMA

Kategori