Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Selongkar Tong...

KASIHAN melihat pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian, seorang warga emas di China...

Wanita Dedah Ovari Rosak...

SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.. itulah yang ingin disampaikan oleh seorang...

Zakaria, Ahmad Tifli Kena...

GENAP seminggu selepas diarahkan bercuti serta merta oleh Lembaga Pengarah Felda Global Ventures...

Bagi Perhatian Pada Pemandu...

ANDA tengok harga kerusi budak dalam gambar ni?Anda rasa sebahagian besar ibubapa mampu...

Sah! SPRM Akhirnya Tahan Ahmad Zahid

DICEKUP… Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini disahkan berjaya ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SPRM, penahanan beliau perlu dibuat berhubung siasatan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dengan melibatkan dana sebuah yayasan kebajikan.

“Ia mendapat izin untuk mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” kata kenyataan SPRM itu. Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah ibu negara esok termasuk di bawah Akta SPRM 2009.

Juga kes melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang telah diwujudkan pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Beliau (Ahmad Zahid) akan dibawa pula ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di ibu negara pada 19 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk menghadapi perbicaraan atas segala pertuduhan tersebut,” kata kenyataan SPRM itu lagi.

Ini merupakan julung kali Presiden UMNO ditahan atas tuduhan jenayah kerana usaha amal jariah dan difahamkan langkah unik itu sekali gus memudahkan parti berkenaan untuk cepat diharamkan oleh pihak berkuasa selepas ini.


Namun, tindakan keras tersebut dapat dielak jika kepimpinan UMNO yang kini ‘melarat’ ekoran kekurangan dana akibat akaun parti disekat oleh SPRM, dapat segera bubar badan siasah keramat Melayu Islam terbesar di dunia itu.

Bagaimanapun ramai pengamat politik tempatan lihat usaha dakwa Ahmad Zahid ini bagi tutup kelemahan urus tadbir kerajaan Pakatan Harapan hingga rakyat bangkit luah marah dan berdemonstrasi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori