Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Timbalan...

Nasib Malang Dua Tahun...

Huauyan, Peru - Seorang lelaki dilayan seperti ‘banduan’ oleh isterinya sendiri selepas dirantai...

Kenyataan Azad Kelirukan Ramai...

AGAK berliku-liku juga kemelut yang berlaku antara pasangan pelakon Azad Jasmin dan isterinya, Eira...

Gambar: Baju Jarang,Tak Pakai...

TAK tau malu.. itulah yang boleh dikatakan terhadap seorang wanita yang selamba mengunjungi...

Salad Tanah Tinggi Hidup Segar Di Kampung Sungai Lumut

KUCHING – Kemajuan teknologi memungkinkan hampir semua perkara di dunia ini, justeru tidak menghairankan tanaman salad yang lazimnya ditemui di kawasan tanah tinggi yang sejuk tumbuh subur di kawasan yang panas, tidak jauh dari bandar raya ini.

Menggunakan teknologi ‘Nutrient film technique’ (NFT) iaitu satu kaedah hidroponik, tiga sahabat kini mula meraih hasil daripada sebidang tanah seluas 30 x 35 meter persegi yang dibangunkan rumah hijau dan ditanam dengan pelbagai jenis salad dan sayuran tanah tinggi.

Terletak di Kampung Sungai Lumut, Buntal dekat sini, ladang The Farmia diusahakan oleh Saiful Bahri Ahmad Adibi, 42 bersama-sama dua rakannya Zairald Zainal Bong, 38 dan Muhammad Syukran Wahab, 23 selepas tiga tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan tentang NFT yang telah sekian lama dilaksanakan di Cameron Highlands, Pahang.

“Kami ubah suai sedikit sistem NFT ini untuk disesuaikan dengan kawasan tanah rendah beriklim panas menerusi pembinaan rumah hijau yang dibangunkan pada Mac lalu dengan kos kira-kira RM150,000,” kata Saiful Bahri kepada Bernama, baru-baru ini.

Menurutnya The Famia kini mempunyai 10,000 pot yang diletak di atas 26 buah meja dan ditanam dengan empat jenis salad iaitu selada hijau, selada merah, selasih dan ‘romaine’ iaitu sejenis salad yang seakan-akan kubis panjang, serta lima jenis sayur sawi antaranya sawi manis, sawi jepun dan sawi putih.

“Setiap jenis salad dan sawi ini boleh dituai dalam tempoh 30 hari dan setiap kali tuaian menghasilkan kira-kira 60 kilogram bagi setiap meja tersebut. Buat masa ini, kami memasarkan salad serta sawi terbabit di empat pasar raya di sekitar Kuching,” katanya.

Selain itu, The Farmia turut mengadakan ‘hari terbuka’ bagi memberi peluang kepada orang ramai datang dan memilih serta memetik sendiri salad dan sawi di ladang tersebut.


“Setiap pot salad seberat 120-150 gram atau sawi seberat 150 gram dijual pada harga RM1 sahaja , pastinya lebih murah berbanding harga yang kami jual ke pasar raya.

“Kebanyakan salad di pasaran Sarawak datang dari Cameron Highlands, harga pun premium dan agak mahal, jadi menerusi pembukaan ladang ini kami memberi alternatif untuk tanam sendiri di negeri ini dan jual kepada pelanggan dengan harga yang murah,” katanya.

Menurutnya selain murah, sayuran hidroponik di ladang mereka juga 100 peratus bebas racun perosak sekali gus menawarkan hasil tani yang segar, bersih dan menyihatkan di samping terjamin halal.

Ditanya sambutan yang diterima terhadap hari terbuka The Famia, Saiful Bahri berkata setakat ini program itu telah diadakan tiga kali dan setiap kali mereka menjual lebih 70 kilogram salad dan sawi terbabit. – BERNAMA

Kategori