Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Orang Melayu Tak Boleh...

INGATAN.... Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang Melayu agar...

Kata Tak Gentar UMNO-PAS,...

NAJIB Razak berkata walaupun Pakatan Harapan kata tak gentar dengan kerjasama UMNO dan...

Tol Lebih Rendah Dengan...

KUALA LUMPUR - Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) turut...

Bertanding Untuk Angkat Anwar...

IPOH – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan keputusannya bertanding jawatan Timbalan Presiden...

Sam Terkena Serangan Panik Gara-Gara Polis Evo 2

PETALING JAYA – Pelakon, Shaheizy Sam, 36, mengaku pernah terkena serangan panik sehari sebelum kembali ke lokasi penggambaran Polis Evo 2 (PE2) apabila berasa sesak nafas dan kebas separuh badan.

Katanya, berikutan serangan berkenaan, dirinya terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.

Menurut Sam, walaupun giat melaksanakan persediaan selama 15 bulan untuk filem aksi itu, namun sikap inginkan kesempurnaan membuatkannya tetap dilanda kebimbangan.

“Mungkin silap saya sendiri yang terlampau inginkan kesempurnaan dalam menghayati watak Inspektor Khai. Saya terlalu memikirkan mengenai setiap babak, terutama adegan lasak dan pertarungan, yang diharap dapat dilakukan dengan sebaiknya hingga diri sendiri berasa tertekan.

“Kebetulan waktu itu saya sendirian di gimnasium. Tiba-tiba saya rasa sukar untuk bernafas dan bahagian kaki pula kebas. Mujur kru dan Zizan (Razak) terus datang sebaik saja saya menghubungi mereka. Kata mereka, muka saya pucat macam mayat.

“Di hospital, doktor maklumkan saya kurang air dan sepatutnya dipantau di wad sekurang-kurangnya selama 12 jam. Namun, tidak sampai enam jam, saya berkeras untuk ke set penggambaran keesokan paginya,” katanya selepas pelancaran filem berkenaan berserta poster dan lagu temanya, semalam.

Selain dirinya dan Zizan, filem terbabit juga menggabungkan bintang dari Indonesia serta Singapura, termasuk Raline Shah.

Kongsi aktor itu lagi, amalan diet yang kurang tersusun dengan pengambilan hidangan dan air kurang mencukupi juga antara punca membuatkan kesihatannya terganggu pada waktu itu.


Sementara itu, ditanya mengenai persiapan terperinci untuk PE2 yang memakan masa lebih setahun, kata Sam, pengorbanan masa dan tenaganya dirasakan cukup berbaloi demi kepuasan penonton.

“Dalam kerja, saya memang cukup serius kerana orang sudah berikan kita amanah. Saya tak kisah untuk memperuntukkan masa berbelas bulan demi filem ini. Pada masa sama saya mahu tunjukkan, bukan hanya bintang Hollywood yang sanggup membuat persediaan rapi.

“Usahlah diceritakan soal bayaran kerana ganjaran diterima oleh mereka memang jauh lebih besar. Cuma, apabila kita bersungguh-sungguh, perasaan teruja mengatasi rasa lelah. Apa yang saya berikan juga dirasakan berpadanan.

“Biarpun terpaksa menolak beberapa tawaran lain dalam tempoh lebih setahun kerana menumpukan kepada filem ini, dari segi positifnya saya dapat menguruskan syarikat sendiri,” katanya.

PE2 menjalani penggambaran selama kira-kira tiga bulan dan hanya diselesaikan pada Januari lalu. Filem berkenaan akan memulakan tayangan di pawagam negara ini pada 22 November depan. – BH Online

Kategori