Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bursa Malaysia Akhiri Sesi...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, dengan indeks...

‘Matlamat Saya Satukan Dunia...

KUALA LUMPUR - "Bila saya memulakan kerjaya 26 tahun lalu, matlamat saya adalah...

Usahawan Luar Bandar Muda...

BALING - Usahawan muda di luar depan perlu mendepani perubahan dunia perniagaan dengan...

Majikan Kurang 5 Pekerja...

KUALA LUMPUR : Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 membabitkan majikan...

Sami Buddha Mewah Thailand Disabit Kes Rogol

BANGKOK – Sami Buddha Thailand yang terkenal kerana kehidupan mewahnya, disabitkan merogol seorang gadis bawah umur semalam, kata seorang pegawai mahkamah dalam kes yang menggegarkan golongan agama di negara itu yang sudah dilingkari skandal.

Wiraphon Sukphon, 39, mendapat gelaran itu selepas rakaman muncul dirinya memakai kaca mata jenama bersama beg Louis Vuitton menaiki jet peribadi.

Dia diekstradisi ke Thailand dari Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, dituduh merogol dan menipu penderma yang memberinya wang untuk membina apa yang dikatakannya imej Buddha zamrud terbesar dunia.

Gadis itu berusia bawah 15 tahun dan Wiraphon dikatakan kemudian mempunyai anak dengan mangsa.

Dalam keputusan semalam, yang mendapatinya bersalah kerana merogol dan memisahkan gadis itu daripada ibu bapanya, mahkamah berkata, dia memberi imej buruk kepada agama Buddha.

“Dia menggunakan jawatannya sebagai sami yang amat dihormati rakyat Thailand,” kata pegawai mahkamah kepada AFP.

Hukuman tahanan 16 tahun yang diterimanya akan ditambah kepada penjara 20 tahun dijatuhi Ogos lalu selepas bersalah atas pelbagai tuduhan penipuan.


Junta tentera yang merampas kuasa pada 2014 mengambil tindakan keras ke atas sami melanggar undang-undang dan pihak berkuasa menimbang memperkenalkan kad pengenalan digital yang dapat mengesan anggota masyarakat dengan sejarah melakukan jenayah.

Mei lalu, ketua sami kuil popular pelancong ‘Golden Mount’ di ibu kota ini ditahan selepas wang AS$4 juta (RM16.63 juta) ditemui dalam akaun bank menggunakan namanya.

Polis juga menyiasat dakwaan salah laku kewangan dalam Pejabat Kebangsaan Buddha.

Awal tahun lalu, tentera menyerbu kuil penganut mega Dhammakaya di pinggir ibu kota ini untuk menahan ketua sami kontroversi atas tuduhan penipuan besar-besaran namun dia berjaya melepaskan diri dan masih bebas. – AFP/BH ONLINE

Kategori