Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Mati Lepas Pindah...

BALING - Seorang remaja lelaki dijumpai mati di dalam rumahnya di Kampung Belakang...

PRU-15: PAS Menang Di...

Gua Musang : Pas mencipta rekod apabila menang di Parlimen Gua Musang dengan...

Masalah Dalaman PH Paksa...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee Ka Siong membangkitkan kemungkinan pilihan raya umum...

Hanya 4 Komoditi Agromakanan...

PUTRAJAYA : Hanya empat jenis komoditi agromakanan tertentu tidak lagi dikenakan permit import...

“Sampai Bila Pakatan Harapan Hendak Salahkan Kerajaan Dulu?”

KERAJAAN Pakatan Harapan mungkin masih boleh terus memanipulasi emosi rakyat dengan menyuburkan lagi kebencian pada kerajaan yang lalu, tetapi akhirnya rakyat akan berfikir dan mempersoalkan alasan yang tidak berkesudahan ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Kerajaan hari ini sibuk dengan pendedahan kesilapan lalu dan memainkan kebencian hingga agenda memajukan negara tersekat, katanya.

“Sudah empat bulan memerintah, sudah sampai masa mereka move on dan bergerak ke depan. Sampai bila mereka mahu menumpu pada menggeledah mencari kesilapan lampau.

“Adakah negara ini harus terhenti pembangunannya kerana kerajaan sibuk dengan politik dendam,” kata Asyraf dalam wawancara dengan Mynewshub di kediamannya pada 5 Oktober lalu.

Tambahnya lagi, rakyat yang berfikir akhirnya akan mempersoalkan kerajaan PH yang tidak henti-henti menyalahkan kerajaan terdahulu sedangkan masalah dihadapi rakyat tidak dapat diselesaikan seperti yang dijanjikan.

“Mereka masih terus mencetuskan kebencian, dan mereka mungkin masih boleh melakukannya dalam empat lima bulan, tetapi akhirnya rakyat sudah pasti akan berfikir, takkan selama-lamanya mereka hendak menyalahkan kerajaan yang lepas,” tegasnya.

Jelas bekas timbalan menteri ini, akhirnya rakyat akan berfikir tentang keperluan diri dan keluarga mereka.

Ketua Pergerakan UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Ramai rakyat yang menurut Asyraf, dimanipulasi hingga membenci kerajaan sebelum ini semasa pilihan raya lalu, dan mereka didorong lagi dengan janji-janji yang “begitu mengujakan dan indah”.


“Akhirnya, mereka sendiri mengakui tidak dapat menunaikan janji seperti menghapuskan tol kerana perlu membayar pampasan berjumlah RM400 bilion, sedangkan kerajaan Barisan Nasional sudah menjelaskan perkara ini.”

Katanya lagi, isu penghapusan tol ini hanyalah satu daripada janji-janji yang akhirnya PH sendiri sedar sukar untuk ditunaikan.

Selain janji manis penghapusan tol, rakyat juga dijanjikan tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN, yang akhirnya mereka sendiri akui sukar dilaksanakan dan menuntut peminjam membayar balik.

Menurut Asyraf, hari demi hari semakin banyak perkembangan yang mendedahkan bahawa janji-janji ditaburkan oleh PH sebelum pilihan raya lalu.

“Semakin banyak perkara yang menyebabkan rakyat mula menilai, dan (perkara-perkara ini) mencetuskan persoalan demi persoalan.

“Takkan selama-lamanya (kerajaan PH) hendak menyalahkan kerajaan yang lepas,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori