Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Zahid Tekad Pastikan UMNO...

IKRAR... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika dipilih sebagai Presiden UMNO,...

Keadaan Adib Makin Positif,...

KUALA LUMPUR - Anggota bomba yang cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri...

Umat Islam Perlu Bersatu...

KOTA BHARU - Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

Perlu Ada Semak Dan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan membuat satu garis panduan yang jelas atau semak...

Samun Kedai Dobi: Pembantu Cef Dipenjara 12 Tahun

SUNGAI PETANI – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan sembilan sebatan terhadap suspek utama samun kedai dobi dan kedai serbaneka di tiga lokasi dekat sini awal bulan lalu.

Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir, 21, setelah dia mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan, dengan kesemua hukuman dijalankan berasingan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 25 Okt sebagai tarikh pengurusan kes terhadap tertuduh kedua, Muhammad Asmuhairyl Abas, 19, yang mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibacakan serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama Muhammad Asmuhairyl Abas, 19, bersama seorang lagi yang masih bebas pada 10 Sept, kira-kira pukul 7.15 pagi di hadapan sebuah pasar raya di sini telah merompak sebuah telefon bimbit jenis i-Phone 6 Plus milik seorang wanita.

Bagi pertuduhan kedua, pada keesokan hari, pada pukul 7 pagi, mereka berdua bersama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompakan bertempat di sebuah kedai dobi layan diri di Puteri Jaya di sini terhadap seorang wanita iaitu dengan merompak seutas gelang emas, dua bentuk cincin emas, seutas rantai leher emas, kunci kereta, kad pengenalan, kad ATM, kad kredit dan pengecas bateri mudah alih.

Pertuduhan ketiga pula, kira-kira 15 minit selepas itu mereka didakwa melakukan rompakan bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit 24 jam di Jalan Kelab Cinta Sayang di sini dengan merompak wang tunai milik kedai berkenaan sebanyak RM1,500, dua telefon bimbit dan pengecas telefon mudah alih milik seorang lelaki.


Terdahulu peguam tertuduh Sobini Kobu memohon agar hukuman ringan dikenakan ke atas anak guamnya yang bekerja sebagai pembantu tukang masak memandangkan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh selain pengakuan bersalah itu telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Savinder Singh Jugindar Singh memohon agar hukuman berat diberikan kepada tertuduh kerana kesalahan tersebut adalah serius dan melibatkan kepentingan awam.

“Tertuduh kejam dan memainkan peranan utama mengacukan sebilah parang terhadap mangsa dan ambil harta mangsa.

“Ini merupakan tindakan paling kejam mangsa kerana turut menyelak kain tudung dan tarik rantai leher emas mangsa…ketiga-tiga mangsa pasti akan trauma,” katanya. – BERNAMA

Kategori