Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Ditahan Bersama...

KOTA BHARU – Polis menahan sepasang suami isteri bersama dua pucuk pistol serta...

Seorang Murid Sekolah Rendah...

JABATAN Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 membabitkan seorang...

Rita Dijatuhi Hukuman Mati,...

GEORGE TOWN - Rita Krisdianti, 28 tahun, yang ditahan polis pada 10 Julai...

Sharifah Sakinah Tak Mahu...

Sebelum ini MYNEWSHUB.MY pernah menyiarkan cerita mengenai pelakon sensasi Sharifah Sakinah yang kini...

“Saya Memang Jangka Kalah Di Selangor” – Rafizi

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata beliau telah menjangka keputusan pemilihan di Selangor tidak berpihak kepadanya.

Calon Ketua Cabang Pandan itu juga mengakui peluangnya berbanding pencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ialah 55:45.

“Tetapi apa yang mengejutkan ialah margin peratusan kekalahan saya, jika ikutkan Selangor sebagai kubu kuat saudara Azmin, saya sepatutnya telah kalah 5,000 undi, tetapi saya masih bertahan dengan kalah tipis 1,000 undi, ini satu petanda baik,” katanya.

Sehingga 11.40 malam tadi dilaporkan (Malaysiakini) tanpa keputusan di Melaka dan Negeri Sembilan, Mohd Rafizi mendahului Mohamed Azmin dengan kelebihan 963 undi selepas 11 negeri di Semenanjung selesai menjalankan proses pemilihan.


Keputusan undian itu termasuk 16 cabang di Selangor menunjukkan Mohd Rafizi memperoleh 40,853 undi manakala Mohamad Azmin 39, 890 undi.

Baki enam cabang di Selangor melaksanakan proses pemilihan hari ini melibatkan cabang Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat. – BERNAMA

Kategori