Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Permudah Syarat Bawa Masuk...

PADANG BESAR – Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta kerajaan memberi kelonggaran...

Tengku Zafrul Dahului 104...

SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Indonesia Cadang Pecat Sejuta...

JAKARTA - Kerajaan Indonesia sedang membuat perancangan untuk memecat sejuta Pegawai Negeri Sipil...

Krismas: Lebih 1,000 Pegawai...

KOTA KINABALU - Lebih 1,000 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan...

Saya Tidak Layak Menang Ballon d’Or

LONDON – Bintang Manchester United Paul Pogba mengakui dia tidak layak untuk memenangi anugerah Ballon d’Or, namun percaya empat rakan sepasukannya di Perancis lebih berhak untuk merangkul gelaran tersebut.

Pogba memainkan peranan penting untuk skuad Les Blues menjuarai Piala Dunia di Rusia, sekali gus merangkulnya untuk kali kedua selepas menumbangkan Croatia di pentas akhir.

Prestasinya di United bagaimanapun terumbang-ambing, dengan khabar angin mengatakan Pogba ia berpunca daripada keretakan hubungannya dengan pengurus Jose Mourinho.

Pemain tengah itu tersenarai dalam 30 calon anugerah Ballon d’Or, namun dia percaya gelaran tersebut berupaya dimenangi oleh salah seorang rakan sepasukannya di Les Blues.

“Mungkin Grizou (Griezmann), Kylian (Mbappe) or Raph’ (Varane) kerana mereka lebih layak berbanding saya.


“Saya tidak boleh memilih satu daripada mereka. Tetapi saya yakin dan berharap salah seorang daripadanya akan memenangi gelaran ini.

“Seorang lagi saya fikir adalah NG (Kante). Saya yakin kesemua mereka berpotensi untuk menang kerana terlalu ramai yang berhak untuk meraihnya. Namun saya tidak rasa saya mampu memenanginya,” kata Pogba.

Seramai enam pemain Perancis berada dalam 30 senarai pendek anugerah Ballon d’Or, dengan penjaga gol Tottenham Hugo Lloris turut tersenarai.- AFP

Kategori