Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pencarian Bangkai Pesawat MH370...

PUTRAJAYA - Syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity hari ini...

Unik! Jom Buat Kuih...

SELAIN juadah wajib ketupat, lemang dan rendang, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak...

54 Badan Sijil Dapat...

SEPANG - Sebanyak 54 badan pensijilan dari 32 negara dan empat pihak berkuasa...

Kecekapan Agensi Kerajaan Urus...

PASIR MAS - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa...

“Saya Tidak Pernah Minta Tun M Mohon Maaf” – Anwar

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung perselisihan mereka pada 1998.

“Saya telah memaafkan beliau atas kapasiti peribadi, begitu juga bekas perdana menteri Najib. Saya tidak pernah meminta beliau memohon maaf dan saya sentiasa tegas dengan anda (pemberita) bahawa saya berpuas hati dengan perilaku dan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan saya.

BACA ‘Saya Tak Pernah Minta Maaf Kepada Anwar’

“Lupakan masa lalu dan tumpukan kepada masa depan, anda (pemberita) yang membangkitkan perkara itu,” kata beliau kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-150 kelahiran Mahatma Gandhi di Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose di sini hari ini.

Anwar diminta mengulas wawancara Dr. Mahathir dalam program bual biacara HARDtalk menerusi BBC baru-baru ini apabila Dr. Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak pernah memohon maaf kepada Anwar.

“Tetapi dengan Tun Mahathir, Saya tidak fikir ia perlu kerana beliau komited kepada agenda pembaharuan, beliau telah menerima saya sebagai rakan. Saya fikir itu sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya,” kata beliau.


Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Anwar juga menyentuh mengenai amalan pemaafan dan prinsip yang diterapkan oleh Gandhi, tokoh pembaharuan India yang ulung dan juga tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan India. – BERNAMA

Kategori