Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Akhbar Arab Saudi Kongsi...

KUALA LUMPUR - Keharmonian kaum dan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 dalam suasana...

Badan Hancur Dirempuh Kereta...

NGERI... Seorang lelaki meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas terperangkap di antara platform...

Kes Covid-19 Melonjak: Pengumuman...

PUTRAJAYA - Beberapa pengumuman penting dijangka diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu...

ETC Akan Dilaksana Sepenuhnya...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan sistem Kutipan Tol Elektronik (ETC) dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada...

Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Dikaji

PUTRAJAYA – Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikaji semula bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu yang bersalah menyebabkan kematian termasuk memperkenalkan hukuman larangan memandu seumur hidup.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata hukuman maksimum penjara 10 tahun yang dikenakan ketika ini dilihat terlalu longgar dan tidak memberi kesan yang besar dalam aspek mencegah kesalahan tersebut.

“Kerajaan memandang serius insiden kemalangan yang melibatkan kematian dan mahu ia diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Hukuman maksimum adalah 10 tahun penjara dan kebanyakan kes terdahulu, hukuman yang dikenakan ke atas pesalah tidak sampai 10 tahun dan tanpa sebatan… ini yang perlu dikaji,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loke berkata seksyen tersebut yang memperuntukkan penggantungan lesen tiga tahun bagi kesalahan pertama juga tidak memadai dengan kesalahan yang dilakukan.


Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan dan pemegang taruh bagi memperinci kesan sekiranya pindaan terhadap seksyen itu dibuat.

“Walaupun kajian semula ini penting tetapi ia dijangka memakan masa yang lama (untuk disiapkan) kerana melibatkan pindaan akta,” katanya. – BERNAMA

Kategori