Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Musim Ke? Pesawat American...

TULSA, Oklahoma - Sebuah pesawat American Airlines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang...

Mahathir Dijangka Tubuh Parti...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir...

‘Orang Kuat’ Pengasas PPBM...

APA sudah jadi? Baru ditubuhkan 9 September tahun lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)...

Lensa Anak Muda Malaysia...

Oleh Azizul Osman ([email protected])KUALA LUMPUR — Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Lensa Anak Muda...

Selepas 8 Jam, Zahid Selesai Beri Keterangan Di SPRM

PUTRAJAYA — Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini selepas lebih lapan jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat badan antirasuah itu.

Ia dikatakan bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Ahmad Zahid, yang tiba pada 9.20 pagi, meninggalkan perkarangan bangunan itu pada kira-kira 5.40 petang.

Ketika diserbu wakil media tempatan dan antarabangsa, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menjawab ringkas: “Saya akan datang semula.”

Kira-kira sejam sebelum itu, anaknya Datuk Nurulhidayah dilihat meninggalkan bangunan berkenaan namun kelibat abang tiri Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi tidak kelihatan. Kedua-dua mereka turut dilihat memasuki bangunan itu pagi tadi.


Ahmad Zahid menerusi catatan Twitter pada Isnin berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM. Beliau turut memberi keterangan kepada agensi berkenaan pada Julai lalu.

Wakil media tempatan dan antarabangsa berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM sejak 8 pagi untuk membuat liputan. — BERNAMA

Kategori