Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banjir: Kerugian Pertanian Masih...

PASIR MAS - Kerajaan masih menilai kerugian yang dialami sektor pertanian berikutan bencana...

Rakyat Malaysia Dijangkiti TB...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Salinah Binti Nordin, 41...

Mohd Zaidi Aziz Calon...

TANJUNG MALIM - Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumumkan sebagai...

Wanita Urut Warga Vietnam...

Johor Bahru - Empat wanita urut warga Vietnam ditahan dalam pemeriksaan Jabatan Imigresen...

Rohingya: Australia Sekat 5 Pegawai Tentera Myanmar

AUSTRALIA mengenakan sekatan perjalanan dan kewangan pada lima orang pegawai tentera tertinggi Myanmar yang didakwa terlibat dalam keganasan terhadap Rohingya oleh unit di bawah kuasa mereka.

Sekatan terbaharu ini menyusuli tindakan sama yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

Menurut agensi PBB, lebih daripada 700,000 kaum Rohingya melarikan diri dari negara majoriti Buddha itu ke negara jiran Bangladesh tahun lalu ekoran operasi oleh pihak tentera Myanmar.

Satu laporan PBB baru-baru ini menuduh pihak tentera Myanmar melakukan rogol berkumpulan dan pembunuhan beramai-ramai dengan niat melaksanakan genosid dan menggesa ketua tentera dan lima orang jeneral didakwa di bawah undang-undang antarabangsa.

Myanmar bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan menyalahkan apa yang berlaku sebagai berpunca daripada “teroris” Rohingya.

Australia sebelum ini pernah memberi latihan kepada tentera Myanmar dan enggan mengenakan sekatan terhadap negara itu.


Bagaimanapun Australia hari ini menurut saranan laporan PBB berhubung keganasan pihak berkuasa Myanmar dan mengenakan sekatan terhadap lima orang yang disebut dalam laporan itu.

“Saya telah mengenakan sekatan kewangan dan sekatan perjalanan ke atas lima orang pegawai tentera Myanmar yang bertanggungjawab dalam pencabulan hak asasi dilakukan oleh unit di bawah kuasa mereka,” kata Menteri Luar Australia Marise Payne dalam satu kenyataan.

Satu dokumen lain menamakan lima pegawai terbabit; Aung Kyaw Zaw, Aung Aung, Maung Maung Soe, Than Oo dan Khin Maung Soe.

Menurut dokumen itu, urusan kewangan dengan mereka boleh menyebabkan hukuman denda A$1.7 juta bagi syarikat dan penjara 10 tahun bagi individu. – Reuters

Kategori