Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bajet 2017 Tambah Baik...

SEMPORNA - Aset dua Pangkalan Laut di perairan timur Sabah akan ditambah baik...

SPAD Lancar Aplikasi MeterOn...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini melancarkan aplikasi MeterOn...

146 Kes Demam Denggi...

GEORGETOWN - Sebanyak 146 kes demam denggi dilaporkan di Pulau Pinang pada minggu...

Tak Perlu Desak Najib...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Sembilan Cedera Bas Rempuh Lori Di Lipis

KUANTAN – Sembilan termasuk dua kanak-kanak cedera apabila bas yang mereka naiki melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Lipis-Padang Tengku, Lipis, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.36 malam sebelum sembilan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah bas milik University Of Malaya-Wales yang menghala ke Kuala Lipis telah melanggar bahagian belakang sebuah lori pada arah yang sama.

“Seorang mangsa lelaki telah tercucuk besi di bahagian bahu sebelah kirinya, sebelum besi itu akhirnya berjaya dipotong dan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Turut tercedera ialah enam wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dan mereka juga telah dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.


Nor Hisham berkata, 40 orang penumpang bas tersebut serta pemandu treler selamat tanpa sebarang kecederaan.

Bagaimanapun butiran mengenai mangsa dan maklumat lain berkaitan kemalangan tersebut masih gagal diperolehi. – BERNAMA

Kategori