Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ditahan Miliki 53 Pil...

KUALA LUMPUR - Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) meluahkan rasa terperanjat pihak...

Kadar Tambahan Bagi Bayaran...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa senarai kadar tambahan...

Tok Pa Sedar UMNO...

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Anggota Parlimen Jeli...

Bayi Berusia Setahun Maut...

KUANTAN - Seorang bayi lelaki berusia setahun maut setelah secara tidak sengaja dilanggar...

Lesen Sarang Burung Diproses Kerajaan Negeri

KOTA KINABALU – Semua lesen mengenai penternakan sarang burung akan diproses, diluluskan dan dikeluarkan oleh Kerajaan negeri Sabah, demikian Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong mengumumkan.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Sabah telah memuktamadkan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Persekutuan berhubung budi bicara pengeluaran semua lesen termasuk penternakan sarang burung, hiliran mentah, kilang pemprosesan dan eksport.

“Berikutan pemulihan kuasa eksekutif berkaitan, penternak sarang buruh dan pemain industri mendapat akses langsung untuk mengeksport ke pasaran luar negara seperti China, yang mempunyai permintaan yang tinggi bagi produk sarang burung,” kata Junz Wong.

Junz Wong menyampaikan “berita baik” itu semasa merasmikan Program Taklimat Sarang Buruh kepada Persatuan Industri Sarang Burung Walet Sabah (SABA) dalam Meneroka Potensi Pasaran Produk Sarang Burung di Hotel Pan Borneo, Putatan.

Oleh itu, beliau menggalakkan lebih ramai rakyat Sabah untuk menubuhkan kemudahan pemprosesan hiliran untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk penduduk tempatan serta meningkatkan agihan pasaran, sambil menambah Sabah menyasarkan untuk mengeksport 100 tan produk sarang burung ke China setiap bulan.

Junz Wong memberi jaminan bahawa MAFI akan mempermudahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk penternakan sarang burung.


“Kami sedang berusaha untuk membina rantaian lengkap industri sarang burung,” kata Junz sambil menambah bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan memberikan apa sahaja bantuan yang perlu.

Menurut beliau, China sahaja boleh menggunakan 100 tan metrik sebulan dan MAFI akan merangka pelan induk mengenai bagaimana untuk memudahkan pemain Sabah memanfaatkan industri tersebut.

Beliau juga membangkitkan idea untuk menubuhkan Lembaga Sarang Burung untuk menyatukan dan menjadi lebih fokus dalam membina industri ini termasuk membangunkan penjenamaan sarang burung Sabah.

“Kami juga mungkin menggubal undang-undang untuk membendung kecurian sarang burung, mengawal industri dan memastikan persekitaran mesra perniagaan,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori