Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pilihan Raya Indonesia Dicemari...

JAKARTA – Tiga orang termasuk dua anggota polis maut di wilayah paling timur...

Bajet 2018: Bantu Kurang...

JITRA - Pembinaan Pusat Kanser di Sungai Petani serta menaiktaraf perkhidmatan kardiologi dan...

KDNK Malaysia Dijangka Berkembang...

KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus bertambah baik...

Tentera AS Selamatkan Dua...

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) selamatkan dua juruterbang Arab Saudi yang menekan...

Semua Pusat Pemindahan Sementara Banjir Di Baling Ditutup

ALOR SETAR – Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Baling yang menempatkan 116 mangsa banjir kilat daripada 41 keluarga ditutup secara rasmi pada pukul 3 petang tadi.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Lt (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata penutupan PPS itu diumumkan oleh Pegawai Daerah Baling, Datuk Md Shuhaime Abd Rahman selepas mengadakan lawatan di PPS Kompleks Sukan Baling tengah hari tadi.

“Ia melibatkan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Dewan Belia Kompleks Sukan Baling yang menempatkan 71 mangsa daripada 29 keluarga, 22 mangsa (tujuh keluarga) di Dewan Orang Ramai Batu 48 dan Dewan Komuniti Kampung Banggol Derom dengan 23 mangsa (lima keluarga),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pagi tadi banjir kilat di beberapa kawasan di daerah itu mulai surut dan kebanyakan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sabtu lalu, hujan lebat menyebabkan beberapa kampung di mukim Bongor, Siong dan Pulai di naiki air yang mengakibatkan tiga PPS dibuka pada sebelah malamnya dan awal pagi Ahad bagi menempatkan mangsa banjir. – BERNAMA

Kategori