Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Berangkat Ke...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke...

Media Korea Lapor Isu...

NAMPAKNYA kontroversi melibatkan aksi peluk dan cium kumpulan K-Pop, B1A4 dan gadis-gadis bertudung di...

‘Buku Fattah Amin Laris...

DI sebalik kontroversi buku Fattah Amin, 99 Kata-Kata Fattah Amin, penerbitnya, Idea Kreatif...

Gaya KJ Naik Skateboard...

GAYA cool lagi selamba Khairy Jamaluddin menggunakan skateboard bagi meninjau sekitar program Festival...

Seorang Murid Cedera Ringan, Van Sekolah Terbabas

KUALA LUMPUR – Dua murid yang dalam perjalanan pulang ke rumah berdepan detik cemas selepas van sekolah dinaiki terbabas lalu terjatuh ke longkang di Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.23 petang sebelum enam anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu adalah seorang lelaki yang merupakan pemandu van sekolah serta dua murid lelaki.

“Ketika pihak kami tiba di lokasi kesemua mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, seorang murid lelaki yang mengalami cedera ringan diberikan rawatan awal anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital KPJ Damansara oleh keluarganya. – UTUSAN ONLINE

Kategori