Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kaunselor Komuniti Bakal Di...

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menempatkan Kumpulan...

Imigresen P.Pinang Tahan 28...

BUTTERWORTH - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 28 warga asing yang bekerja sebagai...

Selangor : Anwar Nafi...

Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan...

Pretasi KLIA Melebihi Sasaran...

SEPANG – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya melepasi sasaran perkhidmatan berkualiti...

Sepanyol Selamatkan Hampir 700 Pendatang

MADRID – Seramai 675 pendatang, termasuk kanak-kanak dan bayi, diselamatkan di luar pantai Sepanyol hujung minggu lalu, kata jurucakap kerajaan.

Kelmarin, 405 diselamatkan daripada kapal penyeludup, dengan tujuh kanak-kanak dan bayi dalam kalangan pendatang dari Afrika.

Penyelamat berkata, tiada seorang pun daripada mereka berada dalam masalah kesihatan serius atau hilang.

Sepanyol menjadi pelabuhan kemasukan terbesar bagi pendatang untuk ke Eropah selepas Itali menutup hampir semua sempadannya susulan tekanan daripada Menteri Dalam Negeri, Matteo Salvini.

Lebih 40,000 pendatang tiba di Sepanyol sejak awal tahun ini, kebanyakannya menerusi jalan laut tetapi turut memasuki negara itu melalui dua wilayah kecil di Maghribi iaitu Ceuta dan Melilla, menurut Pertubuhan Migrasi Kebangsaan.


Ia mewakili 40 peratus daripada kira-kira 100,000 ketibaan menerusi Eropah sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, lebih 1,700 hilang di Laut Mediterranean. — AFP/BH ONLINE

Kategori