Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemui Di...

IPOH - Mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan tanpa identiti ditemui di tepi...

Peluru Berpandu Balistik: PBB...

PERTUBUHAN Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik pada...

Polis Berkas Tiga Sahabat...

PADANG TERAP - Tiga sahabat bersama pelbagai barangan elektrik dan kemas bernilai RM10,000...

Zuraida Optimis Seri Setia...

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin optimis Pakatan Harapan (PH) akan...

Sindiket Perjudian Online Global Tumpas

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian antarabangsa yang menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat operasi mereka selepas menyerbu sebuah rumah kedai di Bandar Baru Air Itam, di sini pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang Datuk Zainal Samah berkata hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu rumah kedai di tingkat tiga yang diubah suai menjadi tempat operasi yang menempatkan sistem pelayan judi dalam talian berkenaan pukul 11.15 malam.

“Dalam serbuan Ops Dadu itu, polis menahan 22 lelaki dan sembilan wanita warga China berusia 23 hingga 38 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 30-an dipercayai rakan kongsi sindiket perjudian dalam talian terbabit bersama beberapa warga China yang berada di negara itu.

“Lelaki tempatan yang tidak bekerja itu berperanan untuk menyediakan tempat operasi sindiket dan penginapan kepada semua pekerja warga China yang dibayar gaji antara RM1,800 hingga RM2,500 itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati aktiviti perjudian loteri 5D dan 6D secara dalam talian yang dijalankan sindiket dengan nama along itu hanya ditawar kepada rakyat China menerusi laman web FHKK 888.

Zainal berkata siasatan juga mendapati sindiket itu sudah beroperasi menawarkan perkhidmatan perjudian dalam talian sejak April lepas dengan nilai bulanan mencecah RM360,000 (600,000 yuan).

“Pemain (judi) boleh bertaruh bermula dari RM1.50 sehingga berapa banyak wang yang ada dalam akaun bank dalamtalian mereka dan sindiket itu membuat cabutan bagi judi loteri 5D untuk setiap 10 minit manakala 6D 20 minit. Mereka beroperasi di rumah kedai itu 10 jam sehari,” katanya.


Beliau berkata bagi pembayaran kemenangan untuk setiap pertaruhan akan dibayar menggunakan perbankan internet menerusi akaun yang telah didaftarkan pemain judi dan polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat rangkaian sindiket itu di kawasan atau negeri lain.

Dalam serbuan itu, polis merampas empat modem; 34 set komputer; 31 telefon bimbit pelbagai model; 70 helai kertas bercatit; alat perakam waktu; dan kamera litar tertutup (CCTV).

“Siasatan kami mendapati semua warga China yang ditahan itu masuk yang menggunakan pas lawatan sosial tahu mereka bekerja dengan sindiket perjudian dalam talian itu. Kesemua 32 individu terbabit kini direman untuk siasatan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

Kategori