SEORANG guru wanita dari Florida mengaku bersalah di mahkamah atas kesalahan melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 14 tahun.
Stephanie Peterson, 24, mengakui pertuduhan itu termasuklah kesalahan menghantar gambar bogel kepada pelajar yang sama.
Dia mungkin berhadapan dengan hukuman penjara lima hingga 10 tahun.
Dia yang sebelum ini mengajar di New Smyrna Beach Middle School ditahan pada Februari lalu selepas pelajar tersebut mendedahkan hubungan mereka kepada ibu-bapanya.
Ujar pelajar tersebut, guru berkenaan sering menjemput dia ke rumahnya sewaktu suaminya keluar bertugas sebagai bomba.
Malah, pelajar itu mengaku telah mengadakan hubungan seks bukan sahaja di kediaman Peterson, malah turut melakukannya di dalam kereta dari November 2017 hingga Januari 2018.
Selain itu, guru berkenaan turut memberi ganja kepada pelajar tersebut.
Pejabat Peguam turut mendedahkan paparan perbualan dalam aplikasi Snapchat antara guru dan pelajar tersebut.
Selain mengaku bersalah, Peterson juga bersetuju untuk menjalani rawatan psiko terapi.
Sewaktu perbicaraan, Peterson ditemani bapanya.
Dia sudah bercerai dengan suaminya, sebulan selepas penahanan itu. – DailyMail/mStar Online