Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Public Mutual Umum Agihan...

KUALA LUMPUR - Public Bank Bhd, anak syarikat milik penuh Public Mutual Bhd,...

Kenaikan Kadar Visa Haji...

MARANG - Keputusan kerajaan Arab Saudi untuk menaikkan kadar visa haji dan umrah...

Setiap Penduduk Perumahan Ini...

Di sebuah kawasan perumahan di Amerika Syarikat, anda mungkin tidak akan mempercayai bahawa...

Pendapatan Pelaburan KWSP RM11.41...

KUALA LUMPUR - Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat kepada RM11.41...

Skuad Jejak Kemiskinan LZS Tidak Pinggir Asnaf

PETALING JAYA – Masyarakat timur sememangnya sinonim dengan sifat malu, merendah diri dan mempunyai jiwa yang halus.

Seperti pepatah ‘tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima’, sifat ini juga dilihat sebagai kekangan bagi sesetengah individu untuk memohon bantuan kerana ia seolah-olah bertentangan dengan prinsip kehidupan.

Itulah yang menjadi pegangan warga emas Amirul Zahari Kassim, 74, kerana beliau tidak mahu dilihat sentiasa meminta kerana kudratnya masih boleh digunakan untuk menjaga dua anak dan seorang cucu orang kurang upaya (OKU).

Walaupun menerima bantuan zakat secara bulanan, beliau berusaha mencari pendapatan lebih dengan bekerja menjual kotak, buah-buahan dan ikan yang dipancingnya sendiri.

Namun, beliau terpaksa membataskan waktu berada di luar kerana bimbangkan keselamatan anak-anak dan cucunya di rumah.

“Kalau ada wang lebih, saya sendiri bayar sewa rumah dan tidak gunakan bantuan yang diberikan…saya tahu ada ramai lagi yang lebih susah daripada saya. Namun, saya bersyukur kerana dengan bantuan yang diberikan kerana sedikit sebanyak, ia dapat mengurangkan beban kewangan keluarga,” katanya.

Mohd Wahid Rozali, 28, yang bekerja sebagai penghantar dokumen berkata penyakit kurang garam yang dihidapinya sejak kecil membataskan aktiviti fizikalnya sekali gus menyukarkan dirinya mencari rezeki.

“Saya pernah tidak boleh bergerak langsung seolah-olah lumpuh, menyebabkan saya terpaksa mengambil cuti kerja selama beberapa hari,” katanya.

Menceritakan saat sukar itu, bapa kepada dua orang anak itu pernah kehabisan wang dan tidak mampu membeli susu untuk anak-anaknya sehingga isterinya terpaksa menjual pakaian sendiri sebanyak RM20.

“Kami tidak mendapat sebarang bantuan tetap tetapi selagi berdaya, kami tabah meneruskan kehidupan,” katanya.

JEJAKI ASNAF

Menyedari realiti ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) menjejaki 100 keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara bagi mengenal pasti sama ada mereka layak didaftarkan sebagai asnaf.

Ketua Operasi Agihan Daerah PetalinMohd Nur Fadhli Yohman, berkata operasi rutin yang bersifat cari, siasat dan bantu ini bertujuan mengenal pasti individu atau keluarga yang boleh disenaraikan sebagai asnaf fakir, miskin dan mualaf bagi tujuan penyaluran zakat.

“Bancian dilakukan dengan secara terus melalui lawatan rumah ke rumah bagi menyemak keperluan berdasarkan haddul kifayah (garis penentuan kemiskinan) keluarga yang terlibat namun masih belum berdaftar di bawah LZS atas beberapa faktor,” katanya ketika ditemui semag, sa program SJK baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa LZS memberi manfaat zakat kepada mereka yang layak seperti bantuan yuran dan kelengkapan persekolahan, bantuan Ramadan dan Hari Raya serta bantuan lain bergantung kepada keperluan semasa keluarga tersebut.

Selain itu, aktiviti itu juga turut menjejaki keperluan lain bagi umat Islam di kawasan sekitar melalui agihan wang zakat kepada asnaf gharimin dan fisabilillah.

“Kebanyakkan daripada mereka tergolong dalam kategori miskin bandar iaitu dengan mempunyai pendapatan kasar kira-kira RM1,200 dan tanggungan empat hingga lima orang. Dengan jumlah pendapatan itu, pastinya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka,” katanya.

PENGLIBATAN NGO


Mohd Nur Fadhli berkata usaha murni itu turut menerima jumlah penyertaan tertinggi daripada sukarelawan seperti Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM), penolong amil kariah, pihak masjid, sekolah dan jawatan kuasa apartment.

Banyak pihak yang menunjukkan minat untuk mengetahui proses pemberian zakat yang dan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama LZS dapat memberi manfaat antara satu sama lain.

“Kerjasama ini membolehkan kami belajar melalui pengalaman masing-masing tentang bagaimana pertubuhan bergerak untuk menyantuni kebajikan orang ramai dan memberi pendedahan serta pemahaman mengenai gerak kerja LZS dalam mengenal pasti asnaf yang layak,” katanya.

Beliau menjelaskan tugas siasatan yang lazimnya dilakukan oleh pegawai LZS kini dikongsi bersama penolong amil kariah yang dilantik. Malah, aktiviti turun padang seperti ini juga menjadi platform bagi latihan praktikal terutama kepada penolong amil yang baru dilantik oleh LZS.

Dengan bantuan mereka, prosedur menentukan keluarga asnaf dapat dilakukan secara menyeluruh kerana penolong amil kariah berasal daripada kawasan sekitar dan lebih mengenali penduduk setempat, katanya.

Kesemua rumah yang dikunjungi adalah berdasarkan senarai keluarga yang berpotensi untuk menjadi asnaf fakir miskin hasil semakan awal oleh penolong amil kariah..

Penolong Amil Seksyen 8, Kota Damansara, Zamri Abu Bakar pula berkata tinjauan selama dua bulan dilakukan dan pemilihan dibuat berdasarkan tunggakan bil yang diterima daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Sesetengah keluarga memilih untuk tidak memohon zakat kerana merasakan mereka masih berdaya meneruskan kehidupan tanpa bantuan sedangkan perbelanjaan seharian melebihi kemampuan kewangan mereka.

“Mereka sebenarnya hidup dalam serba kekurangan tetapi keberatan untuk memohon bantuan dan apabila amil menziarahi rumah mereka, kami dapat menyelami kesulitan yang dialami oleh keluarga,” katanya.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM), Muhammad Jantan, berkata pengalaman ‘turun padang’ bersama LZS memberikan input kepada NGO yang diasaskan anak-anak muda itu tentang pengendalian yang betul dan tersusun dalam menyalurkan bantuan kepada orang awam.

“Penglibatan MVM pada kali ini untuk melihat serta mempelajari sendiri cara LZS memberi bantuan supaya pihak kami dapat melakukan penambahbaikan kepada pertubuhan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau juga menyangkal pendapat bahawa aktiviti LZS tidak terbuka kepada NGO kerana hakikatnya pusat zakat itu sentiasa memerlukan sukarelawan dalam pelbagai aktiviti terutamanya menolong proses bancian yang boleh mencecah sehingga 500 buah rumah seminggu.

“Penyertaan kami juga membuktikan bahawa LZS sentiasa mengalu-alukan kerjasama bersama pertubuhan dan diharapkan lebih banyak pihak yang tampil menunjukkan sokongan dalam menyantuni golongan asnaf dan fakir miskin,” katanya.

Sehingga Jun tahun ini, seramai 47,298 keluarga keluarga asnaf fakir dan miskin telah disantuni oleh LZS dan daripada jumlah tersebut, 7,312 adalah keluarga asnaf di daerah Petaling. – BERNAMA

Kategori