Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRK Kimanis: Semua Pusat...

BEAUFORT - Kesemua 19 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis...

Rayuan Ditolak, Peter Kekal...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara...

Hak SPR Tentukan Hari...

KUANTAN - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Suruhanjaya Pilihan Raya...

PSP Tawar Program Diploma...

BUKIT MERTAJAM - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa mengikuti enam bidang...

SOP Bomba Bagi Penyelamatan Di Air Ditambah Baik

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah menjalankan tugas dengan mengikut tatacara penyelamatan dalam air sedia ada ketika melakukan misi mencari remaja yang terjatuh di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong baru-baru ini.

Namun, menteri berkenaan Zuraida Kamaruddin berkata apabila tragedi berlaku, didapati ada keperluan mendesak untuk mengkaji semula ‘Prosedur Operasi Standard’ (SOP) sedia ada.

Tragedi yang disebutnya itu merujuk kepada enam penyelam bomba yang lemas kerana terperangkap dalam pusaran air ketika operasi mencari dan menyelamat remaja berkenaan, 3 Oktober lalu.

“Seperti yang dinyatakan semalam di sidang Parlimen, KPKT telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat, mencari punca, memberikan cadangan dan menambah baik SOP sedia ada bagi memastikan tragedi tersebut tidak berulang,” kata Zuraida dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penambahbaikkan terhadap SOP itu perlu selari dengan senario semasa.


“Ini termasuk mengenal pasti teknik lebih sesuai bagi keadaan pelbagai untuk melancarkan operasi menyelamat dan mengurangkan risiko yang dihadapi anggota bomba,” katanya.

Kenyataan beliau itu dibuat susulan laporan berita bertajuk ‘Ops Menyelamat di Puchong: Tiada SOP’ yang disiarkan sebuah akhbar tempatan hari ini. – BERNAMA

Kategori