Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dituduh Simpan Pistol...

KUANTAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Ketiga-tiga negeri di pantai timur Semenanjung mencatatkan peningkatan jumlah mangsa...

Bini Lelong Perabot 1...

SEORANG isteri telah bertindak menjual perabot dalam rumahnya pada harga A$1 menerusi eBay...

Azhan Rani Perlu Berhenti...

PELAKON Azhan Rani berkata dia perlu berhenti mengambil tawaran berlakon watak sebagai ustaz...

SOPMA Pentas Atlet Tempa Nama Ke Peringkat Antarabangsa

IPOH – Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) ke-20 diharap menjadi pentas untuk para atlet menempa nama hingga ke peringkat antarabangsa sekali gus membuktikan komunikasi bukan satu halangan buat mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak Howard Lee Chuan How.

Berucap pada majlis perasmian pembukaan Sopma di Dewan Seri Perdana Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, beliau berkata selepas temasya Sopma 2018 para atlet akan berhadapan dengan cabaran Sukan Orang Pekak ASEAN, Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan Sukan Deaflimpik.

“Syabas saya ucapkan kepada setiap kontinjen kerana sanggup menyahut cabaran ini walaupun banyak halangan dan rintangan yang dihadapi, namun kegigihan dan kesungguhan anda untuk berjuang demi nama baik negeri amat saya kagumi.

Bangkit dan berjuanglah sehabis daya anda untuk negeri masing-masing. Selari dengan konsep ‘Sukan Untuk Semua’, ternyata warga kurang upaya pendengaran mampu bersukan seperti atlet bukan Pekak yang ada di luar sana,” katanya.

Pada temasya kali ini, 46 pingat emas dipertandingkan menerusi lima acara iaitu bola sepak, futsal, tenpin boling, badminton dan olahraga.

Sopma yang berlangsung selama lima hari mulai hari ini hingga 20 Okt melibatkan seramai 2,500 atlet dan pegawai dari 14 negeri.


Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia Kamarzaman Harun ketika ditemui pemberita berkata beliau berharap akan ada lebih ramai pihak yang sudi memberi sumbangan bagi membolehkan atlet yang terpilih mewakili negara bertanding ke peringkat antarabangsa.

“Kita sangat memerlukan dana untuk menghantar para atlet ke peringkat antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SOPMA

Kategori