Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Barang Turun Tapi...

PETALING JAYA - Pasar raya besar utama yang terlibat dalam kempen penurunan harga...

Bebaskan Malaysia Daripada Covid-19...

KUALA LUMPUR - Rakyat diingatkan bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19)...

Isu Nasional Diyakini Tak...

KUCHING - Isu-isu nasional diyakini tidak akan mempengaruhi pengundi di kawasan Parlimen Santubong...

JHL Dapatkan Bantuan Polis...

TARAKAN - Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mendapatkan bantuan polis untuk menjejaki pembunuh...

SPR Hasrat PRK PD Contoh Pilihan Raya Adil, Bersih

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhasrat menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai contoh pilihan raya adil dan bersih selaras dengan visi dan matlamat suruhanjaya berkenaan sebagai institusi pilihan raya yang efisien, adil dan beramanah.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun turut mengingatkan dan menyarankan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti berkempen pada PRK itu agar mematuhi undang-undang, peraturan dan etika berkempen sepanjang tempoh rasmi selama 14 hari bermula Sabtu lepas, sehingga 11.59 malam, 12 Oktober ini.

“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya di PRK tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam demi menjamin satu pilihan raya yang bersih, beretika dan adil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azhar seterusnya menyeru agar setiap calon atau parti politik bertanding tidak melaksanakan aktiviti kempen yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya seperti mengadakan majlis penjamuan serta pemberian hadiah dan barangan bagi tujuan memancing undi.

“Penggunaan kemudahan dan aset kerajaan, program kerajaan serta aktiviti kempen berunsurkan perkauman serta menyentuh sensitivi agama juga tidak dibenarkan. Sekiranya aktiviti kempen sedemikian berlaku dan disabitkan dengan kesalahan, maka tindakan tegas boleh diambil selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Bagi memastikan proses PRK itu berjalan dengan aman dan harmoni, Azhar meminta semua pihak termasuk penyokong parti politik mematuhi undang-undang, peraturan dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pihak berkuasa lain.

“Menjadi tanggungjawab semua calon dan parti politik yang bertanding bagi memastikan segala aktiviti kempen itu tidak menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada pengundi di PRK tersebut,” katanya.

Azhar berkata jika ada mana-mana pihak melakukan pelanggaran undang-undang dan peraturan semasa tempoh rasmi kempen pilihan raya, maka laporan atau aduan boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa dengan segera agar tindakan selanjutnya boleh diambil.


SPR juga mengingatkan semua pihak bahawa sebarang bentuk kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi.

“Tiada mana-mana pihak yang boleh merayu undi termasuklah melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain,” katanya.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

SPR menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi manakala 9 Oktober untuk pengundian awal. – BERNAMA

Kategori