Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Shiha Dedah 2 Syarat...

PENYANYI Shiha Zikir mendedahkan dia menerima pengurusnya sebagai kekasih selepas pemuda tersebut bersetuju...

Akibat Takut Jepun, Mahathir...

ALAHAI.... Lagi pusingan U dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tempoh sebulan...

UMNO Terengganu Akan Lapor...

Kuala Terengganu : Umno Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Shaheizy Sam, Syatilla ...

PASANGAN selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bakal menimang cahaya mata...

SPRM Sah Tuduh Dulu Zahid, Siasat Kemudian?

ANEH… Selepas dikecam netizen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya buat pusingan U apabia bakal siasat kemudian pihak ada kaitan kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut laporan pelbagai portal berita tempatan, ia susulan kecaman banyak pihak kerana SPRM tidak pula siasat mana-mana syarikat dan individu yang ada hubungan dengan kes rasuah membabitkan Presiden UMNO itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan di ibu negara kelmarin berkata bahawa pihaknya akan sedia menyiasat mana-mana individu yang terbabit dalam ke rasuah.

“Kami (SPRM) menyiasat siapa yang terlibat dengan rasuah. Setakat ini, ada satu syarikat (Datasoic Group Berhad) mengatakan mereka tidak terlibat, terpulang kepada mereka untuk mengatakan.

“Hanya siasatan SPRM yang dapat menentukan. Jika siasatan kami menunjukkan bahawa syarikat itu tidak terlibat dalam apa-apa perkara rasuah, maka mereka tidak bersalah,” kata Azam lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.

Pada 19 Oktober lalu, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di ibu negara atas 45 pertuduhan yang dikenakan terhadap dirinya meliputi Kanun Keseksaan atas pelbagai kesalahan pecah amanah.

Pertuduhan berkenaan turut dibuat mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta SPRM 2009.


Sementara itu, ketika ditanya berhubung kemungkinan tindakan pembekuan segala aset milik Ahmad Zahid, Azam berkata, pihak SPRM tidak akan berbuat demikian buat masa ini.

Pengesahan SPRM akan menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Ahmad Zahid itu sekali gus menunjukkan pendakwaan dibuat terlebih dahulu oleh pihak Peguam Negara berbanding siasatan ke atas syarikat terbabit.

Ini termasuk penglibatan MyEG, Datasonic Group Berhad, Mastoro Kenny IT Consultant & Services dan firma guaman Lewis & Co. yang kemudian disahkan pihak berkuasa sebagai tidak pernah disiasat.

Justeru, SPRM dan Peguam Negara dikritik guna kaedah “pendakwaan di mahkamah dahulu, siasatan lengkap kes kemudian” bagi memalukan tertuduh untuk dihukum di media lebih awal. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori