Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Perlu Jadikan...

KUALA LUMPUR - Menjelang sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Okt ini, Menteri...

Pengawal Selia Sektor Bertemu...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas baru-baru...

Anggota Tentera Didakwa Rogol,...

MELAKA – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Lapor Pelanggaran Akta Kesalahan...

PUTRAJAYA - Semua pihak yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan di...

SSPN Catat 3.6 Juta Pendeposit Dengan RM3.8 Bilion

CYBERJAYA – Seramai 3.6 juta pemegang akaun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i/SSPN-i Plus) dicatatkan sehingga 31 Ogos 2018, dengan jumlah deposit terkumpul M3.8 bilion.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Mastura Mohd Khalid berkata, angka tersebut terus meningkat setiap tahun berikutan kesedaran ibu bapa dan masyarakat membuat simpanan untuk pendidikan anak-anak.

“Bukan mudah untuk menggalakkan ibu bapa menabung pendidikan anak-anak.

“Jumlah tersebut sebenarnya masih kecil berbanding 30 juta jumlah rakyat Malaysia. Malah daripada jumlah itu, hanya 10 juta sahaja rakyat negara ini yang menabung,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen #BasDidiSSPN di sini, hari ini.

Kempen #BasDidiSSPN diadakan sempena Minggu Menabung SSPN 2018 Peringkat Nasional yang akan bermula 5 – 7 Okt ini bertempat di pusat membeli-belah One Utama.

“Kemuncak Minggu Menabung ialah pada 6 Okt yang akan diadakan di seluruh Malaysia dan kita​​​​​menyasarkan sebanyak 350 ribu akaun akan dibuka pada minggu itu.”

Kempen #BasDidiSSPN melibatkan lima buah bas Rapid KL yang dihiasi gambar animasi ‘Didi & Friends’ dan maskot PTPTN akan beroperasi selama tiga bulan bermula 3 Okt 2018 sehingga 3 Jan tahun depan.

Ketua Eksekutif Digital Durian Sinan Ismail berkata pihaknya gembira dengan kerjasama tersebut dan yakin watak animasi Didi & Friends dapat menggalakkan lebih ramai kanak-kanak menabung.


“Dengan jumlah pengikut di saluran Youtube sebanyak 1.2 juta dan jumlah tontonan mencecah hingga satu bilion, watak-watak Didi, Nana, Jojo dan Pak Atan dapat membantu memupuk nilai-nilai murni sejak kecil untuk menabung.

“Secara tidak langsung menggalakkan ibu bapa juga membuat simpanan untuk pendidikan tinggi anak dan tidak hanya bergantung kepada pinjaman pendidikan sahaja,” katanya.

Kempen #BasDidiSSPN disemarakkan lagi dengan peraduan swafoto beserta slogan yang memberi peluang kepada peserta memenangi wang tunai yang dikreditkan ke akaun SSPN.

Syarat penyertaan adalah warganegara Malaysia; bergambar bersama bas Rapid KL # BasDidiSSPN; dan muat naik gambar tersebut ke Instagram @instaptptn&@didiandfriends dengan kempen tanda pagar #BasDidiSSPN.

Penyertaan perlu dilengkapkan dengan slogan “Saya memilih SSPN kerana….” tidak melebihi 20 patah perkataan.

Tarikh penghantaran penyertaan ialah pada 3 – 31 Okt 2018 dan pemenang ditentukan menerusi gambar swafoto dan slogan paling kreatif. – BERNAMA

Kategori