Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tun M: Peluang BN...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang...

MAIWP Depositkan Zakat Kepada...

PUTRAJAYA - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendepositkan bayaran zakat kepada kira-kira...

Permintaan Produk Minyak Domestik...

KUALA LUMPUR - Permintaan ke atas produk minyak domestik telah mencatatkan peningkatan semula...

Budak 11 Tahun Pandu...

GARA-gara terlalu obses dengan kereta, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjadikan Internet sebagai...

Stevie Chan Rangka 84 Program Sepanjang PRK PD

PORT DICKSON – Meskipun tiada jentera, calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong telah mengatur 84 program bertemu pengundi bagi memastikan beliau dapat memberi saingan dalam PRK itu .

Personaliti media sosial itu yakin programnya itu yang menggunakan pendekatan seperti ‘walkabout’ dan media sosial mampu membawa sokongan kepadanya untuk berdepan dengan enam lagi calon lain.

Program-program beliau itu, yang bermula pada hari penamaan calon (29 Sept), akan diteruskan hingga Jumaat ini, sehari sebelum pengundian.

“Disebabkan ketiadaan jentera, saya terpaksa menggembleng tenaga dengan mengadakan enam program setiap hari bermula seawal pagi sehingga tengah malam untuk berjumpa seberapa ramai pengundi. Walaupun kempen yang saya jalankan tidak sehebat calon-calon lain tetapi penerimaan masyarakat Melayu, Cina dan India terhadap saya amat memberangsangkan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Stevie Chan, 51, berkata perjalanan kempennya, tidak hanya tertumpu dikawasan bandar sahaja, sebaliknya meliputi kawasan luar bandar.

“Saya bersama masyarakat pelbagai kaum di daerah ini untuk mendengar luahan dan permasalahan yang dihadapi mereka,” katanya.

Memasuki hari ke-12 berkempen hari ini, anak jati Melaka itu berkata beliau telah menjelajah kesemua lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Port Dickson iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang, Linggi dan Sri Tanjung.

“Kalau sudah pun 100 peratus saya berjumpa dengan pengundi, saya tetap akan bersemuka dengan mereka semula berulang kali…ini antara aktiviti yang saya jalankan sepanjang kempen,” katanya.


Berbaki dua hari lagi tempoh kempen, Stevie Chan mengakui telah menambah jumlah programnya sekurang-kurangnya enam program sehari bagi memastikan semua kelompok masyarakat dapat didekati.

Selain Stevie Chan, PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru turut disertai Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan empat calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini. – BERNAMA

Kategori