Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Industri Minyak Sawit Malaysia...

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu menangani banyak cabaran untuk membolehkan industri minyak sawit...

SST: 25 Aduan Di...

JOHOR BAHRU -Sejak cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenal pada 1 September lalu,...

Anak Lembu Satu Mata...

KOLKATA - Sekumpulan penduduk di beberapa perkampungan sekitar daerah Bardhaman, Bengal Barat di...

Namewee Kini Berada Di...

GEORGE TOWN - Polis telah mengenal pasti tiga lagi lelaki yang turut terlibat...

Suami Isteri Parah Diserang Kanggaru

SYDNEY – Sepasang suami isteri yang juga penjaga hidupan liar Australia, Jim dan Linda Smith disifatkan bertuah kerana masih hidup selepas diserang kanggaru di barat laut Queensland.

Pasangan Smith itu dipercayai memberi makan kanggaru liar di kawasan milik mereka di Darling Downs apabila seekor kangaru jantan dewasa yang berwarna kelabu menyerang Jim.

Haiwan itu kemudiannya menyerang Linda apabila wanita berkenaan lari meminta tolong menyebabkan paru-parunya bocor, patah tulang rusuk, luka dan calar-balar.

“Ia menakutkan. Haiwan itu menendang saya beberapa kali dan apabila ia berjaya menangkap anda, anda dapat melihat apa yang ia lakukan,” kata Jim sambil menunjukkan kecederaan dialaminya.

Media Australia melaporkan, serangan haiwan terbabit terhenti apabila anak lelaki pasangan itu keluar dan memukul kanggaru berkenaan menggunakan kayu, menyebabkannya melarikan diri ke semak berhampiran.

Menurut media, Linda Smith dibawa ke Hospital Toowomba untuk menjalani pembedahan segera.


“Jika kangaru itu berterusan mencederakannya, nyawa wanita itu pasti terancam,” kata penyelia kanan operasi Perkhidmatan Ambulans Queensland, Stephen Johns.

Serangan kanggaru liar bukan perkara luar biasa di Australia yang memiliki hampir 45 juta ekor haiwan berkenaan berikutan pertambahan kawasan perumahan sehingga mengancam habitat asal marsupial itu. – Reuters/myMetro Online

Kategori