Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Waspada Ambil Antibiotik Tanpa...

ALOR SETAR - Orang ramai diingatkan tidak sewenang-wenangnya mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau...

Wanita Ditinggalkan Dengan Bil...

SEORANG wanita telah dikenakan oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya melalui laman web...

Polis Tahan 17 Individu...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 17 individu dalam beberapa serbuan berasingan di premis...

Kerajaan Sedia Pertimbang Permintaan...

KERAJAAN bersedia mempertimbangkan permintaan untuk melaksanakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0, bergantung kepada kedudukan...

Sultan Ibrahim Ziarah Makam Diraja Johor Sempena Hari Hol

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menziarahi makam kerabat diraja Johor di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, sempena Hari Hol.

Sultan Ibrahim tiba di perkarangan makam berkenaan pada 8.55 pagi.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar serta Tunku Aris Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Almarhum Sultan Iskandar.

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani, exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, pegawai daerah serta pegawai kanan kerajaan.

Sultan Ibrahim kemudian menyiram air mawar dan menabur bunga pada makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan bonda baginda, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Baginda turut menziarah pusara anakanda baginda, Allahyarham Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada 5 Disember 2015 akibat kanser hati.


Sultan Ibrahim turut meluangkan masa menziarahi makam kerabat keluarga diraja lain, termasuk nenda baginda, Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dan moyang baginda, Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Mufti Johor Datuk Tahrir A Samsudin mengiringi bacaan doa pada setiap pusara yang diziarahi.

Hari Hol merupakan acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor yang diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar. – BERNAMA

Kategori