Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kesian… Wanita Mahu Tolong...

MEMALUKAN... jelas pemikiran segelintir masyarakat di Malaysia ini masih cetek dan berada di...

Polis Beragama Islam Antara...

PIHAK polis Perancis mengesahkan salah seorang anggota mereka yang terkorban dalam serangan tembakan...

Datuk Bandar Dipasung Penduduknya...

DI kebanyakan negara, satu-satunya cara untuk menghukum ahli politik kerana tidak melakukan kerja...

5 Suspek Samun, Pecah...

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat...

Sultan Selangor Zahir Takziah Keluarga Bomba

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris enam anggota bomba yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja di sebuah lombong dekat Taman Putra Perdana, Puchong, Rabu lalu.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

“Beta dan Tengku Permaisuri ingin menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada balu-balu dan keluarga enam anggota berkenaan. Beta berharap agar waris dan ahli keluarga redha dan tabah menerima ketentuan ini.

“Sesungguhnya pengorbanan wira-wira ini adalah sesuatu yang amat mulia di sisi agama, bangsa dan negara,” titah baginda menerusi Facebook Royal Selangor Office hari ini. Baginda bertitah, bagi meringankan beban, Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan turut menyerahkan sumbangan kepada balu, anak dan keluarga mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia maut ketika dalam misi mencari seorang remaja berusia 17 tahun yang terjatuh ke dalam lombong itu ketika memancing.


Anggota yang terkorban terdiri daripada empat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi mangsa adalah dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman,33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Mayat remaja berkenaan, Muhammad Iiham Fahmy Mohammad Azzam, ditemukan petang semalam. – BERNAMA

Kategori