Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Joy Revfa Minta Bukti...

BELUM tamat lagi rupanya kontroversi yang terpalit pada pengasas kosmetik Joy Revfa gara-gara...

Banduan Insaf, Sebak Beraya...

KUANTAN – Hati ibu mana tidak terusik apabila anak yang ditatang bagai minyak...

Najib Mahu Polis Ambil...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu polis mengambil tindakan pantas...

Muhyiddin, Zahid Nafi Tandatangan...

SHAH ALAM - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau telah menandatangani...

Sumbangan Sulawesi Berjumlah RM1 Juta – TPM

PORT DICKSON – Kabinet hari ini meluluskan bantuan tambahan sejumlah RM500,000 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia, RM1 juta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kewangan tambahan bantuan menggunakan duit yang disalurkan Kementerian Kewangan ke dalam Tabung Bencana Negara.

“Mesyuarat Kabinet pada pagi ini telah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cakna Mangsa Tsunami di sini, hari ini.

Isnin lepas, kerajaan menyalurkan bantuan sejumlah RM500,000 untuk membantu penduduk Sulawesi.

Angka korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah setakat ini berjumlah 1,407 orang.

Terdahulu, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dalam ucapannya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menegaskan sekali lagi bahawa Malaysia komited dalam menghulurkan bantuan.


Beliau dalam pada itu beliau mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk penduduk Sulawesi dengan menyalurkannya ke dalam Tabung Bencana Negara.

“Sesiapa yang ingin memberi sumbangan Sulawesi, kita akan uar-uarkan dalam televisyen,” katanya. – BERNAMA

Kategori