SEREMBAN – Seorang suri rumah ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Seremban Jaya dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata mayat mangsa yang berusia 39 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 2.09 petang dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
“Pihak hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Ketika kejadian hanya mangsa seorang diri berada di rumah dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami luka pada beberapa bahagian anggota badan,” katanya.
Beliau berkata beg tangan dan telefon bimbit mangsa juga tidak ditemui di tempat kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA