Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Elfira Bukan Marah, Cuma...

SEBAGAI seorang selebriti, pastinya mereka mempunyai cara tersendiri dalam berhadapan dengan rakan media...

Perang Twitter, Redza Minhat...

WALAUPUN sudah hampir sebulan berlalu video 'tarian berahi' Fathia Latif yang tersebar menerusi...

Majikan Didakwa Potong Gaji...

KLANG - Sebuah syarikat logistik hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini...

SPR Terima 272,143 Pemilih...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 272,143 pendaftaran pemilih baharu pada...

Suspek Salafi Jihadi Meninggal Dunia Terlibat Kemalangan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Perancis yang disyaki terlibat fahaman Salafi Jihadi di negara ini meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Km428.3 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran dengan Bukit Beruntung, Jumaat lepas.

Sumber yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Mickael Alain Louvier meninggal dunia semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Louvier meninggal dunia(selepas mengalami kecederaan parah) apabila van yang dinaiki bersama anggota polis dari Perlis ke Kuala Lumpur terbabas dipercayai akibat jalan licin.

“Mereka dibawa ke ibu negara bagi membolehkan polis mendapatkan maklumat lanjut berhubung kumpulan pengganas berkenaan,” kata sumber berkenaan.

Suspek adalah antara lapan lelaki yang ditahan di beberapa negeri bulan lepas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas.


Pada 24 Sept lepas, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor, menahan mereka kerana disyaki terlibat dalam tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kesemua suspek mempunyai hubungan dengan sebuah pusat pengajian Islam di Perlis sama ada sebagai pelajar, bekas pelajar atau bekas tenaga pengajar. – BERNAMA

Kategori