Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saudi Aramco Atasi Apple...

RIYADH – Saudi Aramco berjaya mengalahkan Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia...

Manfaatkan Portal MyWanita Untuk...

KUALA LUMPUR - Usahawan wanita yang baharu berkecimpung dalam perniagaan secara dalam talian...

Hal Dalam Kubur –...

SEBELUM ini, Mufti Perak ada menegur tindakan Azwan Ali yang memaki hamun pengikutnya di...

Cukai Pelancongan Akan Dikaji...

KERAJAAN akan mengkaji semula keperluan pelaksanaan Cukai Pelancongan dalam memastikan ia tidak menjejaskan...

Syafiq Farhain Cuti 2 Bulan, Tiada Hasrat Tingggalkan Kerjaya Bomba

PENYANYI Syafiq Farhain tidak berhasrat untuk bersara sebagai ahli bomba biarpun kerjaya seninya kian berkembang.

Syafiq, 24, berkata dia masih mampu untuk mengimbangkan bidang nyanyian dan tugas tetapnya itu.

“Buat masa ini, saya tak pernah pun terfikir untuk tinggalkan kerja sebagai ahli bomba.

“Alhamdulillah, kalau ikutkan memang rezeki dalam industri seni sekarang ini tak putus-putus dan saya bersyukur sangat.

Karier seni Syafiq semakin berkembang.

“Tapi itu tidak bermakna saya perlu berhenti jadi ahli bomba. Insya-Allah saya masih mampu lagi untuk imbangkan dua pekerjaan saya itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambah naib juara program realiti Big Stage musim pertama ini, dia diberi cuti dua bulan tanpa gaji untuk memberi tumpuan pada karier seninya.

“Saya dapat cuti dua bulan tanpa gaji untuk program Big Stage. Habis program itu, saya masuk ke set penggambaran filem pula.

“Memandangkan filem Hero The Movie itu mengisahkan mengenai kerjaya bomba, saya dapat pelepasan untuk penggambaran selama dua hingga tiga minggu.


“Bukan saya seorang sahaja tapi ada juga ahli bomba yang lain turut terlibat dalam filem tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, perlibatan Syafiq dalam filem itu untuk mencari pengalaman di samping dapat belajar sesuatu yang baharu.

“Saya terima tawaran untuk berlakon sebab nak tambah pengalaman dan dapat belajar benda baharu.

“Selain itu, saya nak juga cari bakat yang ada pada diri saya. Mungkin saya ada bakat lakonan tapi perlu belajar lagi.

“Sebab bukan semua orang dilahirkan terus pandai dalam sesuatu perkara. Kena belajar, barulah boleh buat,” katanya.

Filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan itu dibarisi pelakon seperti Hisyam Hamid, Mark Adam, Bell Ngasri, Tauke Jambu dan ramai lagi. – mStar Online

Kategori