Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

ADUN Bayan Lepas Mohon...

GEORGE TOWN - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz...

Penyokong Pakatan Harapan Tekan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz terpaksa...

Inkues Adib: Peguam Bebas...

SHAH ALAM – Kerajaan perlu melantik seorang peguam bebas dan bukan daripada Pejabat...

Berjuanglah Habis-Habisan! – Khairy...

KUALA LUMPUR – Berjuanglah habis-habisan pastikan ibu segala pingat milik Malaysia!...itulah kata-kata semangat...

Syed Saddiq Mahu Bekas Banduan Di Pejabatnya

SUNGAI BULOH — Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan mengambil tiga bekas banduan bekerja di pejabatnya di kementerian berkenaan sebagai inisiatif untuk mengubah stigma dan pandangan negatif umum terhadap golongan itu.

Beliau berkata bekas banduan terdiri daripada belia yang telah tamat menjalani hukuman itu akan berkhidmat dengannya dalam tempoh masa tertentu yang akan ditetapkan kemudian.

Katanya, hasrat itu adalah satu permulaan kepada program kempen ‘Riben Kuning’ yang dilaksanakan kementeriannya bertujuan mengubah pandangan masyarakat terhadap bekas banduan terutama belia, dan seterusnya memberi peluang kedua kepada mereka.

“Saya akan berbincang secara mendalam dengan pihak Jabatan Penjara dan kementerian berkaitan agar bekas banduan belia dapat ditempatkan di pejabat saya dan saya sendiri akan pantau mereka.

“Kita perlu kotakan kata kita. Kalau saya sendiri lancar kempen ini tetapi saya tidak buat, bagaimana kita nak expect pihak swasta dan masyarakat menerima bekas banduan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut di Penjara Sungai Buloh di sini, hari ini.

Program itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara, Kementerian Dalam Negeri serta badan-badan bukan kerajaan bertujuan mengadakan kempen memberi kesedaran kepada masyarakat seterusnya meningkatkan sistem sokongan terhadap bekas banduan.


Syed Saddiq berkata jika bekas banduan tersebut dapat berkhidmat dengan baik di pejabatnya, ia akan membuktikan bahawa masyarakat juga boleh menerima mereka dan memberi sokongan kepada mereka.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu yang turut dihadiri oleh penghuni belia Penjara Sungai Buloh, Syed Saddiq berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan daripada kerajaan dan swasta bagi mencari mekanisme lebih baik untuk bekas banduan belia menjalani kehidupan selepas tamat hukuman.

Katanya, adalah tidak adil apabila golongan belia yang melakukan satu kesilapan dipinggirkan selepas keluar dari penjara sedangkan mereka mempunyai masa depan yang panjang dan perlu dibantu bagi mengelak melakukan kesilapan berulang. – BERNAMA

Kategori