Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Lori Dipandu...

IPOH - Seorang remaja perempuan maut selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di...

Cari Idea Perkasa Ummah...

KUCHING - Nadwah Ulama Nusantara perlu mencari idea dan gagasan terkini yang dapat...

Ajak Seks Jika Tak...

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang wanita mengalami pengalaman ngeri apabila bukan sahaja ditipu...

Chelsea Gah Julang Piala...

LONDON - John Terry merencanakan kejayaan Chelsea untuk menang 2-0 mengatasi Tottenham Hotspur...

Tabung Bencana Nusantara Kutip Dana RM46,330.22

IPOH – Tabung Bencana Nusantara menerima dana berjumlah RM46,330.22 daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi bantu mangsa gempa dan tsunami di Palu, Sulawesi dan Lombok, Indonesia.

Pengerusi Aman Palestin Perak Shaharuzzaman Bistaman berkata dana tabung yang dilancarkan oleh Aman Palestin Berhad pada Isnin lalu itu untuk diagihkan kepada kawasan yang terputus bekalan makanan, elektrik dan kehilangan tempat tinggal.

Katanya, Aman Palestin merakamkan penghargaan kepada JAIPk atas kerjasama dalam mengumpul dana tersebut yang dilaksanakan di masjid dan surau seluruh Perak.

“Tabung yang diwujudkan ini akan terus beroperasi dan rakyat di Perak khususnya diberi kesempatan untuk menyalurkan sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan,” katanya selepas menerima cek sumbangan itu daripada Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusof Husin di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata tabung tersebut menerima dana kutipan daripada orang ramai yang menyumbang kepada lebih 600 masjid dan 61 surau di negeri ini.


“Tabung bencana telah ditubuhkan hampir tiga tahun lalu bermula dengan kejadian banjir di Perak, menerusi tabung bencana ia dapat membantu banyak musibah yang berlaku di seluruh negara dan seluruh dunia seperti Syria, Palestin, Rohingya dan sebagainya,” katanya.

Mohd Yusof turut mengingatkan rakyat Perak supaya berhati-hati apabila menghulurkan bantuan kerana terdapat pihak yang mengambil kesempatan menipu dengan meminta bantuan seumpama itu demi kepentingan tertentu. – BERNAMA

Kategori