Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isu Gambar Separuh Bogel:...

SETELAH seminggu berlalu, aktres popular Tasha Shila akhirnya mengakui telah membuat laporan polis berkaitan kontroversi gambar...

Samsung Minta Pengguna Segera...

BAGI menghindari insiden yang lebih buruk berlaku, Samsung akhirnya terpaksa akur meminta semua...

Kerajaan Johor Milik Sultan...

KUALA LUMPUR - "Semua stadium di Johor sememangnya milik kerajaan Johor dan kerajaan...

Yasin Hadapi 2 Pertuduhan...

Petaling Jaya : Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman menghadapi dua pertuduhan...

Tahniah Jin Wei Menang Emas Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengucapkan tahniah kepada pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei kerana memenangi pingat emas pertama bagi kontinjen Malaysia, dalam kejohanan badminton yang berlangsung di Buenos Aires, Argentina, pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

“Tahniah Goh Jin Wei menang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Belia di Argentina, kalahkan pemain China, Wang Zhiy dalam perseorangan wanita. Malaysia Boleh!” katanya menerusi mesej Twitter hari ini.

Jin Wei, pemain pilihan ketiga memberi satu lagi kejutan apabila mengetepikan pilihan kedua, Wang Zhiy, dari China, dengan kemenangan 16-21, 21-13 dan 21-19 dalam perlawanan akhir Sukan Olimpik Belia itu yang berlangsung di Tecnopolis, menurut laman sesawang Olimpik, www.olympic.org.

Sebelum itu, Jin Wei menyingkirkan pilihan utama, Phittayaporn Chaiwan, dari Thailand, dalam saingan separuh akhir pada Khamis. – BERNAMA

Kategori