Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Agong Berkenan Terima Menghadap...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Operasi Besar-Besaran Banteras PATI...

CAMERON HIGHLANDS - Operasi besar-besaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di beberapa bandar...

Pegawai SPRM, Datuk Roy...

Kuala Lumpur : Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan...

Hilang Tiga Jari Tersepit...

Kuala Lumpur : Pekerja kilang memproses makanan putus tiga jari selepas tersepit pada...

Tali Terbelit Punca 6 Anggota Bomba Lemas

PUCHONG – Enam anggota bomba yang dalam misi mencari dan menyelamat di sebuah lombong di sini malam tadi lemas selepas terbelit tali yang dipakai antara satu dengan lain akibat arus deras yang datang secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 9.15 malam tadi, enam penyelam berkenaan sudah lima minit berada dalam air bagi mengesan seorang remaja berusia 17 tahun yang dilaporkan terjatuh ke lombong itu jam 5 petang semalam.

“Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang antara satu sama lain dan dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai tertanggal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Aziz berkata, beberapa anggota bomba yang berada di tebing cuba menarik tali yang mengikat mangsa namun tidak berjaya akibat arus terlalu kuat.

Katanya, mangsa pertama dikeluarkan selepas 30 minit usaha menarik mereka.

“Ketika dibawa keluar, semua anggota penyelam tidak sedarkan diri.

“Paramedik yang berada di lokasi ketika itu turut cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun semua mangsa tidak memberi tindak balas dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, semua mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan keluarga mangsa turut dimaklumkan.


Anggota bomba yang lemas ialah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menziarahi jenazah enam anggota bomba berkenaan di Hospital Serdang jam 12.30 tengah malam ini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, operasi mencari remaja yang hilang buat masa ini ditangguhkan ekoran cuaca gelap dan akan disambung pada pagi ini.

“Buat masa ini, remaja yang hilang itu masih belum dijumpai dan operasi mencarinya akan disambung jam 8 pagi nanti.

“Operasi pagi nanti akan dijalankan secara bersama oleh bomba dan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang. – BH Online

Kategori