Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mavcom Siasat Syarikat Penerbangan...

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat beberapa aduan mengenai syarikat penerbangan yang telah...

Kapal Ketiga Sertai Misi...

CANBERRA - Kapal ketiga akan menyertai misi pencarian pesawat MH370 ketika usia operasi...

Anwar Bukan Tahanan Politik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar menegaskan tiada asas yang mendapati Datuk Seri Anwar...

Anak Biar Mayat Ibu...

MAYAT seorang ibu ditemui mereput di atas jalan selepas anak lelakinya meninggalkan mayatnya...

Tanah Runtuh: 4 Mangsa Dikenal, Usaha Cari Digiat

Pasukan Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja mencari mangsa di kawasan tanah runtuh .

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan identiti tiga lagi mangsa yang tertimbus di bawah kontena dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di sini semalam sudahpun dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, maklumat kehilangan mangsa disahkan sendiri oleh ahli keluarga mereka yang ditemui di lokasi kejadian semalam.

Menurutnya, mangsa terbabit dikenali dengan nama Bakhtiar dan Subairi yang merupakan warga Indonesia serta seorang rakyat Bangladesh iaitu Mithu Hossain, 30.

“Pada masa sama, kita turut mendapat maklumat terdapat tiga mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.


“Mereka ialah warga Indonesia yang yang dikenali sebagai Shamin dan dua wanita iaitu Warkini, 36, yang sedang hamil serta Norazizah. Keadaan mereka kini dilaporkan stabil,” katanya di sini awal pagi tadi.

Che Zaimani memberitahu, kejadian tersebut melibatkan sembilan buah kontena bertingkat yang dijadikan sebagai kediaman sementara pekerja kontrak terbabit. – K! ONLINE

Kategori