Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wakil Rakyat Tak Dicalonkan...

KANGAR - Mana-mana wakil rakyat yang tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya...

Ibu 2 Anak Ditangkap...

MELAKA - Seorang ibu dua anak ditangkap khalwat bersama seorang pemandu bas ekspres...

MKN Sabah Tahan 217...

KOTA KINABALU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menahan 217 pendatang asing tanpa...

DuBike: Basikal Pintar Dengan...

Baidu merupakan salah satu syarikat gergasi internet di China yang menawarkan enjin carian...

Tanah Runtuh: Dihenti Lepas K9 Tamat Cari Mangsa

PULAU PINANG – Unit anjing pengesan polis (K9) akan dihantar untuk melakukan kerja-kerja pencarian akhir sebelum misi mengesan mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini, dihentikan sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar berkata, ketika ini, pencarian telah dijalankan di hampir 100 peratus kawasan tanah runtuh yang dikenal pasti.

“Kita telah korek semua tanah hingga ke dasar dan langkah menghantar pasukan K9 ini adalah yang terakhir bagi memastikan tiada lagi mangsa dikesan berada di lokasi kejadian.

“Kerja-kerja menggali dan mengorek tanah bagaimanapun akan diteruskan kembali jika K9 menjumpai petunjuk baharu dalam tragedi ini,” katanya di sini, hari ini.

Berhubung pencarian mangsa terakhir yang dikenal pasti sebagai Rahat dari Bangladesh itu, Saadon berkata, sehingga kini, tidak ada tanda-tanda yang mengesahkan mangsa tersebut berada di lokasi tanah runtuh.


“Apapun, kita akan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu jam kepada unit K9 dan dalam tempoh itu, saya akan pastikan unit tersebut melawat semua lokasi yang sepatutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori