Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mayat Wanita Lengkap Berpakaian...

SITIAWAN - Seorang wanita lengkap berpakaian dan masih lagi memakai topi keledar ditemukan...

Parti Amanah Negara Mahu...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mahu berjumpa dengan Menteri di Jabatan...

Fatah Syor Bentuk Kerajaan...

RAMALLAH - Jawatankuasa pusat Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada petang...

Punggung Budak Tahun 1...

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun mendakwa dirotan guru tuisyen hingga melecur di bahagian punggung...

Taufan Michael Bakal Cetus Ombak 3.7 Meter Di Florida

MIAMI – Taufan Michael dijangka mengukuhkan kekuatannya hari ini di Teluk Mexico dengan menyasarkan kawasan Florida Panhandle.

Penduduk di kawasan berkenaan telah diarahkan untuk mengelak daripada mendekati kawasan bahaya berikutan keadaan ombak besar, angin kencang dan hujan lebat di kawasan terbabit.

Beribu-ribu penduduk telah meninggalkan wilayah Wakulla, Gulf dan Bay berikutan jangkaan taufan itu mencapai kategori 3 apabila tiba di kawasan berkenaan esok.

Taufan itu juga merupakan ribut paling kuat pernah melanda Pandhandle dalam tempoh sekurang-kurangnya satu dekad.

Gabenor Florida, Rick Scot semasa temubual dalam program `Good Morning America’ hari ini berkata, kesan taufan itu tidak akan dirasai dalam tempoh 12 jam lagi namun memberi amaran berlakunya ombak besar setinggi 3.7 meter yang boleh membahayakan orang ramai. – Reuters

Kategori