Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jurukimpal Didakwa Bunuh Warga...

Kajang : Jurukimpal didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan...

Hantar 500 Bungkus Sampah...

SEORANG lelaki berusia 40 tahun di Tokyo, Jepun bertindak membalas dendam kepada pembulinya...

ESSCom Pantau Gerakan Kongsi...

LAHAD DATU - Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang memantau...

Kenali 3 Syarikat ‘Hantu’...

MISTERI tiga syarikat yang pernah bersaing dengan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) konon...

Taufan Willa Hampiri Mexico

MAZATLAN, Mexico – Beribu-ribu orang berpindah, bangunan diperkukuhkan dan sekolah di kawasan pantai Mexico yang menghadap Lautan Pasifik ditutup ketika Taufan Willa dijangka melanda dengan membawa angin kencang dan hujan lebat.

Menjelang ketibaan ribut itu kelmarin, pekerja-pekerja memaku papan besar pada pintu dan tingkap hotel-hotel yang menghadap kawasan siar kaki di bandar pelancongan Mazatlan dalam negeri Sinaloa.

Diramal menjadi antara taufan paling kuat membadai Mexico dari Lautan Pasifik, Willa dijangka tiba di daratan beberapa kilometer ke selatan Mazatlan seawal tengah hari (waktu tempatan).

Sementara itu di sebuah stesen minyak di pinggir Mazatlan, deretan kereta beratur untuk mengisi petrol sebelum membeli stok barangan keperluan di kedai-kedai berdekatan.

Pekerja stesen minyak, Zulema Pardo berkata, orang ramai berpusu-pusu membeli bara­ngan asas termasuk air minuman dalam botol dan petrol, manakala rak roti kosong sepenuhnya.

“Penduduk kini ketakutan,” katanya.

Lewat kelmarin, ribut itu berada sekitar 130 kilometer ke barat Kepulauan La Islas Marias, setentang dengan negeri Nayarit iaitu jiran Sinaloa, demikian menurut Pusat Taufan Kebangsaan yang berpangkalan di Miami, Amerika Syarikat.

Willa yang merupakan ribut Kategori Empat pada skala Saffir-Simpson, membawa angin selaju hampir 225 kilometer sejam malam kelmarin, kata NHC.


Terdahulu, Gabenor Nayarit, Antonio Echevarria berkata, lebih 10,000 orang dipindahkan dan sekolah-sekolah ditutup. Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak tunjuk berani.

“Jangan berlagak hebat. Ja­ngan bertindak seperti adiwira. Ini adalah taufan kuat dan amat berbahaya. Kita tidak mahu sebarang tragedi berlaku,” katanya.

Kebanyakan sekolah di Sinaloa juga ditutup menjelang ketibaan ribut tersebut. Taufan Willa dijangka membawa taburan hujan sebanyak 45 sentimeter, kata NHC.

Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan Mexico pula menyatakan, bangunan pencakar langit di sepanjang kawasan pantai berkemungkinan rosak dan terputus bekalan elektrik akibat taufan kuat itu. – Reuters/Kosmo Online

Kategori