Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ada Fakta Video Asri...

CHERAS - Beberapa fakta tidak tepat dikenal pasti menerusi video ditularkan pengasas Hot...

Michelle Yeoh Sahkan Bakal...

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan sudah bersedia untuk berkahwin dengan...

Mira Filzah Tak Kisah...

PELAKON jelita, Mira Filzah telah diejek dan dijadikan bahan gurau di laman sosial...

4,949 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan...

Telaga Tiub Bantu Operasi Padam Api Di Tanah Gambut

BESUT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhasrat meneroka penggunaan telaga tiub bagi mempercepatkan operasi memadamkan kebakaran di kawasan tanah gambut.

Pegawai Kanan, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Azman Yasok berkata langkah itu adalah inisiatif terbaik apabila JBPM pernah berdepan kesukaran memadamkan api di kawasan tanah gambut hingga mengambil masa sebulan untuk mengawalnya.

“Dalam operasi kebakaran tanah gambut, kita memerlukan sumber air yang banyak dan bomba pernah menghadapi kesukaran apabila berdepan dengan masalah kekurangan sumber air terutama pada musim kemarau.

“Pihak bomba pernah pernah bertungkus lumus selama sebulan di kawasan kebakaran seperti di Dungun dan Setiu pada tahun 2013 hingga 2016,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Ujicuba Infrastruktur Tanah Gambut bersama Komuniti Kampung di Kampung Paya Rawa, Besut.

Turut hadir Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) Terengganu, Azemi Eki; Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Muhibbah Mamat; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd NurKuzaini Ab. Rahman.

Sementara itu, Azemi berkata terdapat enam telaga tiub dibina di Terengganu iaitu empat di Dungun (Kampung Tok Kah, Kampung Rhu Batil, Kawasan Perindustrian Batu Tujuh, dan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Paya Gong Pasir) manakala masing-masing satu di Besut (Kampung Paya Rawa) dan di Kemaman (Kampung Baru Kemasik).


“Di Kampung Paya Rawa merupakan telaga tiub kelima yang dibina di Terengganu pada kedalaman 49 meter dengan luahan air sebanyak 63 meter padu sejam (63,000 liter sejam). Kebiasannya bomba hanya memerlukan air sebanyak 13 meter padu sejam untuk keperluan memadam kebakaran di kawasan itu,” katanya.

Selain menjayakan operasi memadam api, telaga tiub juga digunakan untuk membantu membekalkan air kepada pesawah ketika musim kemarau. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

Kategori